ARKIB

KATEGORI

Info

WAJIB BACA : Perodua Alza facelift 2018 – Apa yang kami tahu

Views

Mat Bond baharu sahaja pulang dari satu misi sulit terbaharu untuk membongkarkan beberapa maklumat terkini mengenai Perodua Alza yang ‘berwajah baharu’. Kami diberitahu ada beberapa peningkatan dibuat pada model tersebut, bukan sekadar menukar bampar semata-mata. Namun agak mendukacitakan sedikit, ia masih lagi mengekalkan unit enjin dan transmisi yang sama. Tapi tidak mengapa, kami faham ia hanyalah model peralihan sementara menunggu model baharu sepenuhnya siap dibangunkan dalam masa setahun dua lagi.

Semalam Perodua telah mula mengacah warga maya dengan menayangkan foto rasmi pertama Perodua Alza facelift 2018 dalam iklan perutusan Hari Kebangsaan. Nyata ia mengundang pelbagai persepsi dan reaksi dari warga maya, ada yang teruja dan ada juga yang sebaliknya. Walaupun model ini sudah dimamah usia, Perodua masih lagi cuba untuk mempertingkatkan model ini supaya ia lebih baik dari model sedia ada.

JOM BACA >> Adakah Ini Perodua Alza Facelift 2018?

Apa yang menarik tentang berwajah baharu ini?

  • Varian AV dan SE akan mendapat wajah baharu yang lebih segar, dengan perubahan ketara pada jeriji, bampar depan dan belakang, skirt sisi serta kemasan di bawah cermin belakang kombinasi warna hitam dan krom.
  • Varian S pula masih kekal dengan rupa model sedia ada.
  • Kemasan monotona berwarna hitam pada papan pemuka untuk semua varian.
  • Balutan tempat duduk untuk varian S dan SE menggunakan fabrik berwarna gelap. Untuk varian AV pula akan mendapat sarung tempat duduk berwarna hitam dengan kemasan jalur merah.
  • Rekabentuk konsol tengah papan pemuka diberi rekaan baharu dengan kombinasi warna hitam dan krom (seperti model Myvi).
  • Kelompok meter juga diberi sentuhan rekaan serba baharu.
  • Sistem penghawa dingin Alza facelift 2018 telah dipertingkatkan untuk memberikan penumpang tempat duduk baris ketiga rasa lebih dingin dan nyaman. Ini merupakan pembaharuan yang paling dinantikan pada model MPV kompak tersebut.
  • Varian AV akan mendapat sistem multimedia dengan skrin sentuh rekabentuk baharu yang berfungsi sebagai sistem navigasi dan Smart Link untuk peranti Android. Skrin ini juga berfungsi sebagai paparan kamera undur.
  • Varian AV juga dilengkapi dengan monitor pada bahagian bumbung untuk penumpang belakang.
  • Alza facelift 2018 akan mempunyai lima pilihan warna – Electric Blue (metalik), Mystical Purple (metalik), Glittering Silver (metalik), Ivory White (solid) dan warna baharu Granite Grey (metalik) khusus untuk varian AV dan SE sahaja.
  • Dari segi keselamatan Alza facelift 2018 dilengkapi dengan dua beg udara untuk penumpang hadapan, Isofix, Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA). Ini sekaligus melayakkannya untuk menerima penarafan 4-Bintang dari ASEAN NCAP.

Buat masa ini masih belum ada maklumat mengenai tarikh pengenalan Perodua Alza facelift 2018, namun kami menjangkakan ia bakal dibuat dalam masa yang terdekat atau mungkin sebelum Hari Malaysia. Nantikan!

JOM BACA >> Proton Perdana FL Concept 2018

KLIK UNTUK BESARKAN

  

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply