Stellantis telah mengumumkan kerjasama dengan Teach For Malaysia (TFM) menerusi inisiatif “EduPower for Quality Education“.
Inisiatif ini bertujuan untuk memperkasakan komuniti terpinggir dan Masyarakat peribumi, termasuk keluarga B40, Orang Asli dan Orang Asal di Selangor, Perak dan Sarawak dengan memberikan akses kepada pendidikan berkualiti.
Di Malaysia, 1 daripada 5 remaja didapati tidak tamat pendidikan sekolah menengah, manakala 58 peratus pelajar berusia 15 tahun tidak mencapai tahap kecekapan minimum dalam membaca.
Lebih dua pertiga pelajar di sekolah berprestasi rendah berasal daripada latar belakang sosioekonomi yang kurang berkemampuan dan menghadapi halangan besar dalam pembelajaran.
Sebagai contoh, seorang pelajar yang perlu bekerja selepas sekolah mungkin menghadapi kesukaran menyiapkan kerja rumah akibat kekangan masa atau keluarganya tidak mampu membeli keperluan asas seperti kalkulator, buku teks, dan buku latihan, sekali gus menambah cabaran dalam pembelajaran mereka.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?
Selain itu, sekolah di kawasan luar bandar sering berdepan cabaran dalam merekrut dan memilih guru berkualiti tinggi.
Tambahan pula, sistem pendidikan yang menekankan aspek pentadbiran dan dokumentasi, digabungkan dengan sumber yang terhad, menyebabkan guru mudah mengalami keletihan dan kekurangan akses kepada latihan profesional yang berkualiti untuk meningkatkan kemahiran dan kaedah pengajaran mereka.
Ketua Pegawai Operasi, ASEAN, Stellantis, Daniel Gonzalez berkata, pendidikan adalah pemacu utama mobiliti ekonomi dan sosial, dan ia adalah tanggungjawab kita bersama untuk memastikan tiada komuniti yang ketinggalan.
Pihaknya berbesar hati untuk bekerjasama dengan Teach For Malaysia dalam memecahkan kitaran ketidaksamarataan pendidikan dan memberikan sokongan pendidikan kepada komuniti yang paling memerlukannya.
Tambahnya, inisiatif ini menegaskan komitmen Stellantis yang kukuh terhadap Malaysia dalam memperkasakan komuniti tempatan melalui pendidikan.
Melalui inisiatif “EduPower for Quality Education”, Stellantis akan menumpukan pembangunan kapasiti pengajaran berkualiti menerusi Program TFM 2 Tahun.
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
Seramai 90 individu berbakat akan dilatih sebagai rakan guru, dikenali sebagai TFM Fellows, dan akan ditempatkan di sekolah-sekolah berkeperluan tinggi di Perak, Selangor, dan Sarawak.
Sepanjang program TFM ini, para Fellow akan mengajar dan memberi impak kepada 19,950 pelajar berumur antara 7 hingga 17 tahun, dengan usaha tertumpu kepada peningkatan literasi asas dan numerasi.
Ketua Pegawai Eksekutif Teach For Malaysia, Chan Soon Seng berkata, pihaknya amat teruja dengan kehadiran Stellantis sebagai rakan kerjasama dalam memahami kepentingan pendidikan serta membantu mereka membina dan membangunkan gerakan pemimpin untuk memperkasakan semua kanak-kanak di Malaysia melalui pendidikan.
Pada masa akan datang, Stellantis dan TFM juga akan membangunkan kepimpinan dan advokasi pelajar melalui Majlis Penasihat Pemimpin Pelajar di bawah inisiatif ini.
Program ini bertujuan untuk memperkasa kepimpinan pelajar dan memberi mereka ruang untuk bersuara dengan menyediakan peluang bimbingan dan rangkaian yang kukuh antara pelajar dan kakitangan Stellantis.
Pada masa yang sama, program ini berfungsi sebagai platform untuk menginspirasi pelajar agar berani bercita-cita tinggi dan mencapai impian mereka.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
KOMEN TERKINI