ARKIB

KATEGORI

Buletin

Stellantis Malaysia buka Pusat Servis Subang dan bilik pameran Desa Park City

Berita Tempatan

Views

Stellantis Malaysia telah membuka Pusat Servis Subang dan bilik pameran pelbagai-jenama di Desa Park City yang dikendalikan oleh Allure Auto.

Kemudahan baharu ini akan menjadi sebahagian daripada rangkaian pengedar untuk kawasan Subang Jaya, Jalan Klang Lama dan juga Desa Park City.

Pusat Servis Subang merupakan kemudahan pertama yang menempatkan pusat servis Peugeot dan Leapmotor yang menawarkan penyelenggaran kenderaan elektrik bervoltan dan berteknologi tinggi di bawah satu bumbung.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?

Berkeluasan ruang sehingga 5,702 kaki persegi, kemudahan itu mempunyai dua tempat penyerahan dan enam ruang servis kereta.

Ia menawarkan khidmat selepas jualan komprehensif seperti alat ganti, servis dan sokongan jaminan yang disediakan oleh lima orang juruteknik serta penasihat servis bertauliah daripada Stellantis.

Ini turut merangkumi jaminan talian bantuan 24/7 bagi memberikan bantuan teknikal dengan pantas.

Pengarah Urusan Interim ASEAN, Stellantis, Isaac Yeo berkata, pihaknya telah membangunkan satu hab bertaraf dunia menerusi kerjasama dengan Allure Auto.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Pengarah Allure Auto, Lai Choong Yik pula berkata, kedua-dua kemudahan ini adalah bukti usaha mereka untuk menawarkan pengalaman pelanggan yang komprehensif dan lancar.

Bilik pameran Desa Park City terletak di lokasi strategik di Kuala Lumpur dengan trafik tinggi. Ia menawarkan pengalaman menarik apabila mempamerkan kenderaan jenama Peugeot dan Leapmotor.

Bilik pameran ini dilengkapi dengan lounge moden lengkapi dengan TV bersama konfigurasi interaktif, di samping pelbagai kemudahan lain seperti minuman dan juga kopi.

Waktu operasi Allure Auto setiap hari bermula dari jam 9:00 pagi hingga 6:00 petang, manakala Pusat Servis Subang dibuka dari Isnin hingga Jumaat dari jam 8:30 pagi hingga 5:30 petang, Sabtu dari 8:30 pagi hingga 2:30 petang dan ditutup pada Ahad.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply