ARKIB

KATEGORI

Buletin

Subaru panggil balik kenderaan berikutan isu suis lampu brek

Berita Tempatan

Views

Subaru Corporation (Subaru) telah mengumumkan penarikan balik kenderaan keluarannya yang melibatkan model Forester tahun pengeluaran 2014-2016, WRX (4-Pintu) tahun pengeluaran 2011-2014, Impreza tahun pengeluaran 2008-2016 dan Subaru XV tahun pengeluaran 2012-2017 berikutan isu suis lampu brek.

Subaru menasihatkan, gas silikon daripada produk pengguna tertentu boleh meresap melalui sarung suis lampu brek. Akibatnya, fungsi yang berkaitan dengan suis lampu brek (Lampu Brek, Penyambung Transmisi, Penyambung Pencucuhan, Kawalan Dinamik Kenderaan dan EyeSight) akan terhenti.

JOM BACA >> Tempahan Proton Iriz facelift 2019 mula dibuka esok – 5 varian ditawarkan

Sekiranya kerosakan berlaku, lampu brek tidak akan menyala dan boleh menyebabkan pengguna jalan lain tidak menyedari niat pemandu untuk menghentikan kenderaan tersebut. Ini boleh meningkatkan risiko perlanggaran tidak sengaja.

Pelanggan Motor Image di seluruh rantau ini, termasuk di Hong Kong, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam akan dimaklumkan tentang penarikan balik ini. Motor Image akan bekerjasama rapat dengan pelanggan yang terjejas bagi menggantikan suis lampu brek dan bahagian yang berkaitan secara percuma.

Motor Image juga komited dengan standard keselamatan tertinggi dan pengalaman memandu berkualiti untuk semua pelanggannya dan sentiasa berhubung dengan Subaru Corporation untuk sebarang perkembangan terkini dan akan memberitahu pelanggan yang terlibat dengan sewajarnya.

5 perkara anda perlu tahu tentang Peugeot 208 terbaru, hatchback paling chun kini

JOM BACA >> Proton Saga facelift bakal dapat transmisi automatik baharu?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply