Dalam satu kenyataan sebentar tadi, Kementerian Kewangan mengumumkan harga mingguan baharu petrol dan diesel berdasarkan penetapan Mekanisma Harga Automatik (APM). Harga runcit mingguan baharu petrol RON97 akan naik 5 sen seliter, manakala harga RON95 dan diesel pula kekal.
Harga runcit mingguan baharu ini akan berkuat kuasa dari 02/03/2019 hingga 08/03/2019. Kenaikan ini adalah berikutan harga purata produk petroleum yang diproses (refined product) di pasaran dunia telah meningkat berbanding minggu sebelumnya.
JOM BACA >> Tempahan Proton Iriz facelift 2019 mula dibuka esok – 5 varian ditawarkan
Berikut adalah harga runcit mingguan baharu petrol dan diesel mulai 02/03/2019 hingga 08/03/2019:
- RON95 : RM2.08 seliter (kekal)
- RON97 : RM2.43 seliter (naik 5 sen dari RM2.38)
- Diesel : RM2.18 seliter (kekal)
JOM BACA >> Proton Saga facelift bakal dapat transmisi automatik baharu?
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI