Berita Harian melaporkan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kementeriannya kini dalam fasa terakhir untuk melaksanakan subsidi petrol secara bersasar sebelum dilaksanakan April ini.
Tambah beliau lagi, Kementerian Kewangan kini sedang memilih vendor yang sesuai untuk mengendalikan sistem yang akan digunakan nanti. Kementerian akan bekerjasama dengan vendor terbabit bagi memastikan pelaksanaan tersebut berjalan dengan lancar.
Sistem yang akan digunakan kelak perlu berasaskan spesifikasi yang dikehendaki Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Ia bukan saja dapat digunakan untuk subsidi bersasar tetapi boleh juga digunakan untuk barangan lain sekiranya ada perancangan nanti.
JOM BACA >> Model SUV kompak Proton bakal dinamakan X50?
Katanya lagi, Kementerian cuba membangunkan sistem pelbagai fungsi, dan vendor yang dipilih nanti mestilah berkeupayaan untuk membuat sistem yang dapat digunakan bagi tujuan lain pada masa depan. Saifuddin berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Stesen Minyak BHPetrol Sepang Lukut dan Sambutan Tahun Baharu Cina, semalam.
Tambahnya lagi, subsidi petrol bersasar yang bakal dilaksanakan adalah berdasarkan garis pendapatan. Tujuan sebenar subsidi bersasar adalah ia mesti sampai pada golongan sepatutnya. Dengan pendapatan RM2,900, apakah munasabah individu itu memiliki kenderaan, maka sebab itu keutamaan adalah garis pendapatan,.
Beliau berkata, pihaknya dalam fasa terakhir memuktamadkan tugas kepada agensi berkaitan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Pemeriksaan dijalankan untuk mendapatkan angka akhir yang layak mendapat subsidi petrol secara bersasar.
Setakat ini segala persiapan yang dibuat ini masih mengikut jadual ditetapkan melainkan jika ada pengubahsuaian. Semua 3,500 stesen minyak di seluruh negara akan terbabit dengan pelaksanaan subsidi petrol secara bersasar.
Pihaknya kini sering berbincang dengan pihak terbabit bagi mendapatkan maklumat seperti waktu puncak rakyat mengisi minyak. Maklumat ini penting bagi memastikan sistem digunakan berjalan lancar kerana jika sistem gagal terutama pada waktu puncak, sudah pasti ia akan memberi kesan yang besar.
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Impian generasi baharu
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI