ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suzuki Malaysia lancar GIXXER 250 dan GIXXER SF250 – Harga dari RM14,500

Berita Tempatan

Views

Suzuki Malaysia Sdn. Bhd. semalam telah melancarkan model terbarunya, iaitu Suzuki GIXXER 250 dan GIXXER SF250, sekali gus menandakan kemasukan rasminya ke pasaran segmen motosikal 250cc di Malaysia.

Berikut adalah senarai harga jualan GIXXER 250 dan GIXXER SF250 (tidak termasuk pendaftaran, insurans dan cukai jalan):

  • GIXXER 250 – RM14,500
  • GIXXER SF250 (warna Metallic Matte Black No. 2) – RM15,200
  • GIXXER SF250 (warna Metallic Sonic Silver/Metallic Triton Blue – Edisi GP) – RM15,500

Model pemasangan tempatan (CKD) itu ditawarkan dalam beberapa pilihan warna menarik, iaitu:

  • GIXXER 250 – Metallic Met Stellar Blue dan Metallic Matte Black No. 2
  • GIXXER SF250 – Metallic Sonic Silver/Metallic Triton Blue (Edisi GP) dan Metallic Matte Black No. 2

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Kedua-duanya dijana oleh enjin silinder tunggal (SOHC) bersesaran 249cc yang menghasilkan output sebanyak 26.7 kuasa kuda pada 9300rpm dan daya kilas 22.2Nm pada 7300rpm yang dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan manual.

Salah satu ciri inovatif utama GIXXER adalah enjin silinder tunggal yang direka secara kompak dengan sistem penyejukan minyak Suzuki Oil Cooling System (SOCS) dan teknologi Suzuki Eco Performance (SEP).

Ini sekali gus melayakkannya untuk menerima penarafan sebagai Kenderaan Cekap Tenaga atau Energy Efficient Vehicle (EEV).

Dengan kapasiti tangki bahan api 12 liter, motosikal ini boleh ditunggang sejauh 400km dengan hanya satu isian tangki penuh.

GIXXER turut dilengkapi dengan sistem brek anti-kunci (ABS), transmisi 6-kelajuan, kawalan kendalian yang kemas serta fleksibel menjadikannya pilihan sesuai untuk tunggangan harian di bandar dan kembara jarak jauh.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Kedua-dua model ini juga dilengkapi dengan Suzuki Easy Start System untuk memudahkan penunggangnya untuk menghidupkan enjin.

Walaupun kedua-dua model ini berkongsi kecekapan kuasa enjin yang sama, terdapat perbezaan jelas di dalam penyesuaian rekaan bentuk dan pemadanan ergonomik oleh Suzuki.

GIXXER SF250 dipadankan dengan reka bentuk sisi ‘fairing‘ yang sporty diinspirasikan dari jentera lumba, manakala GIXXER 250 pula mengambil pendekatan reka bentuk tempat duduk yang lebih tegak dan sisi terbuka untuk mereka yang gemar tunggangan santai.

Selain itu, GIXXER turut dilengkapi dengan paparan kluster meter LCD sepenuhnya, peredam (muffler) dwisaluran kemasan krom, rim aloi dengan jaluran grafik serta pelindung lumpur pada penutup tayar belakang.

GIXXER 250 juga hadir dengan reka bentuk lampu hadapan LED separa-bujur yang futuristik, manakala GIXXER SF250 hadir dengan rekaan lampu hadapan LED paruh-ultra yang aerodinamik.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Suzuki Malaysia

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply