ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua tingkatkan sasaran pengeluaran dan jualan untuk tahun 2023

Berita Tempatan

Views

Perodua telah meningkatkan sasaran pengeluarannya tahun ini kepada 338,000 unit dan menetapkan sasaran jualan yang lebih tinggi iaitu sebanyak 325,000 unit kenderaan menjelang akhir tahun ini.

Ia didorong oleh bekalan komponen yang bertambah baik daripada vendor automotif serta permintaan yang sihat bagi model keluarannya.

Pada Januari 2023, syarikat kereta kompak itu mengumumkan sasaran pengeluaran sebanyak 330,000 unit dan sasaran jualan sebanyak 314,000 kenderaan berdasarkan momentum jualan yang diterima.

Ini berhubung kait dengan lanjutan penghantaran bagi kenderaan yang mendapat pengecualian cukai jualan pada tahun 2021 di samping permintaan yang baik terhadap model baharunya, Axia.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, bulan Oktober menyaksikan Perodua mencatatkan prestasi pengeluaran dan jualan tertinggi, masing-masing 35,111 unit dan 33,836 unit dalam hanya tempoh sebulan.

Sebagai rujukan, Perodua menghasilkan 22,974 unit kenderaan pada Oktober 2022 dan mendaftarkan 24,849 unit kereta dalam tempoh sama tahun lalu.

Beliau berkata peningkatan dalam pengeluaran dapat dicapai dengan sumber yang tersedia dalam ekosistem automotif semasa, dan perkembangan itu memberi petunjuk kepada potensi pertumbuhan bagi kedua-dua sisi permintaan dan bekalan dalam industri berkenaan.

Tambah beliau, walaupun terdapat beberapa isu seperti ketersediaan bekalan cip semikonduktor dalam jangka panjang masih berlaku, namun pihaknya sudah mempunyai bekalan yang cukup. Justeru, prestasi suku keempat Perodua dijangka menjadi yang terbaik dalam sejarah.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Bagi asas tahun ke tahun, Perodua mengeluarkan 280,452 unit dalam tempoh Januari hingga Oktober 2022, dengan kenaikan sebanyak 22 peratus daripada 229,811 unit dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Bagi aspek jualan dari Januari hingga Oktober 2023, sebanyak 267,063 unit telah didaftarkan, dengan kenaikan sebanyak 20.2 peratus daripada 222,203 unit dalam tempoh sama tahun lalu.

Jika momentum ini berterusan, industri automotif berpeluang untuk terus berkembang pada tahun 2024 dan ia akan membantu melonjakkan sentimen pengguna walaupun berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi tahun hadapan.

Ujar beliau lagi, buat masa ini, fokus mereka adalah untuk memaksimumkan potensi syarikat dalam aspek pengeluaran dan jualan bagi membolehkan para pelanggan menerima kenderaan Perodua mereka dengan lebih pantas.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply