ARKIB

KATEGORI

Buletin

Stellantis rancang pelan hala tuju elektrifikasi untuk rantau ASEAN

Berita Tempatan

Views

Stellantis yang memiliki 14 jenama ikonik seperti Peugeot, Citroën, Ram, Maserati, Alfa Romeo, Jeep® dan banyak lagi, merancang untuk mewujudkan penyelesaian mobiliti baharu di rantau ASEAN, serta berhasrat untuk menerajui peralihan kepada elektrifikasi.

Stellantis juga bakal memperkenalkan pelantar STLA Medium ke rantau ASEAN yang telah dilancarkan secara global pada Jun 2023.

STLA Medium ialah pelantar global ‘BEV-by-design‘ dengan ciri-ciri canggih termasuk menawarkan jarak perjalanan 700 kilometer, kecekapan tenaga, kuasa terbaik, dan kuasa pengecasan.

Selaras dengan komitmen Stellantis terhadap kelestarian jangka panjang dan sasaran untuk mencapai strategi Dare Forward 2030, pembuat kereta itu melabur lebih RM2 bilion (€400 juta) untuk memperkenalkan pelantar STLA Medium.

Pelantar ini membolehkan Stellantis menghasilkan kenderaan pelbagai tenaga (BEV, ICE, MHEV) di ASEAN untuk ASEAN yang mampu mewujudkan peluang penyumberan untuk pembekal dan pengilang tempatan melebihi RM5 bilion (€990 juta) dalam tempoh empat tahun akan datang.

Melalui pelaburan ini, Stellantis komited untuk menerajui peralihan kepada elektrifikasi dalam pasaran ASEAN yang mana dapat membuka banyak peluang baharu menjangkaui aspek pembuatan.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Ini boleh merangkumi pertumbuhan berdasarkan ekosistem elektrifikasi tempatan, termasuk pemasangan pek bateri secara tempatan dan peluang pekerjaan baharu berkaitan, yang merangsang perniagaan tempatan serta memberi kesan positif kepada ekonomi.

Menurut Ketua Pegawai Operasi dan Pengedar Am Stellantis bagi ASEAN, Daniel Gonzalez, pihaknya mahu menghasilkan EV di ASEAN, serta melibatkan pembangunan dan kejuruteraan kenderaan yang disesuaikan dengan keperluan khusus pengguna tempatan di rantau ini.

Stellantis telah bekerjasama dengan kerajaan Indonesia dan pihak berkepentingan lain di negara terbabit, sebagai sebahagian daripada penyetempatan dan pelan pelaburan bahan untuk bateri huluan bagi menyokong strategi elektrifikasinya.

Ia termasuk perjanjian dengan rakan niaga di Indonesia, Indomobil Group, syarikat automotif bersepadu tempatan yang berpengalaman bagi memulakan aspek pemasangan tempatan kenderaan elektrik Citroën pada 2024.

Selain itu, pada Julai 2023, Stellantis menjadi ahli konsortium antarabangsa yang dibentuk untuk membangunkan ekosistem kenderaan elektrik hijau di Indonesia, sekali gus menyokong matlamatnya di rantau ini.

Pada 2021, Stellantis memperoleh 100 peratus kepentingan pemilikan kilang di Gurun, Kedah dan menubuhkan Ibu Pejabat Wilayah India serta Asia Pasifiknya di Kuala Lumpur.

Ia merupakan sebahagian daripada pelan hala tujunya, iaitu “Built in ASEAN for ASEAN“. Stellantis sedang menilai potensi kilang di Gurun sebagai hab pembuatan serantau bagi kenderaan elektrik berasaskan bateri (BEV) untuk pasaran domestik dan eksport di ASEAN.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Kilang tersebut kini mengeluarkan model utama Peugeot termasuk 2008, 3008 dan 5008 yang diedarkan ke pasaran di rantau ini termasuk Malaysia, Filipina, Thailand dan Kemboja.

Antara inisiatif pertumbuhan tambahan di rantau ini termasuk penubuhan Akademi Latihan Serantau dan pusat untuk peningkatan kemahiran berasaskan kecekapan dalam Perkhidmatan Produk, Komersial dan Perkhidmatan Selepas jualan.

Ia termasuk jalinan perkongsian perniagaan dengan syarikat tempatan untuk membangunkan penyelesaian serta perkhidmatan mobiliti baharu bagi rantau ASEAN.

Organisasi ASEAN & Pengedar Am adalah bahagian penting di rantau India & Asia Pasifik (IAP). Rantau IAP ialah salah satu kawasan pertumbuhan “Enjin Ketiga” (Third Engine) Stellantis bersama-sama dengan Amerika Selatan dan Timur Tengah & Afrika.

Stellantis telah mencatatkan pendapatan bersih lebih €180 bilion pada 2022 dan memiliki kehadiran komersial di 130 pasaran.

Syarikat itu kini memberikan tumpuan untuk memacu penggunaan BEV di rantau ASEAN menerusi portfolio jenama Eropah kelas atasan arus perdana, SUV global, jenama Amerika dan jentera mewah serta premium.

Pembuat kereta itu turut menyasarkan untuk memiliki lebih 75 BEV dan meraih jualan tahunan BEV global sebanyak 5 juta kenderaan menjelang 2030.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply