Setelah membuat kemunculan pertamanya di pameran Malaysia Autoshow 2023 pada bulan Mei lalu, Proton akhirnya mengumumkan harga pakej aksesori Edisi Ulang Tahun ke-20 R3 untuk Proton X50.
Pengumuman tersebut dibuat bersempena sambutan X50 Karnival di ‘Proton Centre of Excellence’ yang berlangsung hari ini.
Direka untuk meraikan dua dekad jenama R3, pakej ini terdiri daripada aksesori:
JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran
Luaran
Untuk luaran ia terdiri daripada pelekat vinil hitam satin, aerokit R3 rekaan khas (skirt hadapan, belakang dan sisi), jalur bonet R3, spoiler bumbung belakang, rim aloi ringan 18-inci R3, logojeriji hadapan R3 dan plat nama belakang edisi terhad R3.
Dalaman
Di ruang kabin pula, ia dihiasi plat nama pada papan pemuka, sulaman pada kepala kerusi R3 untuk pemandu dan penumpang hadapan, alas kaki R3 dan filem penapis haba Proton.
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?
Terhad kepada 200 unit sahaja dan hanya tersedia kepada pembeli Proton X50 1.5 TGDi berwarna Jet Grey, pakej aksesori ini dijual pada harga RM12,000 termasuk pemasangan, dan boleh ditempah dari mana-mana cawangan Proton.
Penghantaran akan bermula dari pertengahan bulan November. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah, jenama terus R3 kekal popular dalam kalangan peminat Proton yang telah menunjukkan sokongan mereka dengan membeli produk jenama R3 dan minyak pelincir yang dirumus khas.
Tambah beliau, pihaknya ingin memberi ganjaran kepada mereka dengan pakej aksesori ini yang telah dibangunkan khas untuk model SUV Proton yang paling popular, iaitu X50.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
KOMEN TERKINI