ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tan Chong Motor Holdings dan Warisan TC Holdings pinjamkan 30 unit kenderaan untuk mangsa insiden Putra Heights

Berita Tempatan

Views

Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH) dan Warisan TC Holdings Berhad (WTCH) berganding bahu memberikan bantuan segera kepada penduduk Putra Heights yang terjejas akibat kebocoran paip gas yang mencetuskan kebakaran pada 1 April 2025.

Kedua-dua syarikat telah menyediakan sekurang-kurangnya 30 unit kenderaan jenama Nissan, GAC Motor dan Renault di bawah program pinjaman kenderaan untuk membantu keluarga yang terjejas tanpa sebarang kos selama sebulan.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?

Inisiatif ini merupakan hasil kerjasama antara TCMH, WTCH, Kementerian Pengangkutan, Kerajaan Negeri Selangor dan pihak berkuasa tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TCMH, Daniel Ho Wai Ming berkata, pihaknya berasa sedih melihat kesan dan kerosakan yang dialami penduduk di sana, terutamanya dalam musim perayaan ini.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Tambah beliau, pihaknya berharap sokongan ini dapat membantu penduduk yang terjejas kembali ke kehidupan harian mereka dan mengurangkan sebarang gangguan mobiliti mereka.

TCMH dan WTCH kekal komited untuk terus memberi sokongan kepada komuniti Putra Heights dan akan terus bekerjasama dengan agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan untuk menyalurkan bantuan yang diperlukan.

Penduduk yang terjejas digalakkan mendaftar dengan pejabat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor untuk mendapatkan bantuan segera di +60 16-412 2721 (Jen).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply