ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tan Sri Datuk Sri Abdul Wahid bin Omar pemilik pertama Myvi 2018!

Views

Percaya atau tidak, pemilik pertama Myvi 2018 yang baharu sahaja dilancarkan petang semalam adalah Tan Sri Datuk Sri Abdul Wahid bin Omar, Pengerusi Kumpulan, Permodalan Nasional Berhad? Foto penyerahan Myvi 1.5 liter varian Advance warna baharu Granite Grey telah dikongsikan di laman Facebook All New Perodua Myvi D20N.

Kereta tersebut turut berjaya dikesan di jalan raya dan telah dimuatnaik oleh Nizam Nordin Mcdfm (salah seorang ahli PERODUA MYVI 2018 COMMUNITY (MALAYSIA). Untunglah Tan Sri jadi pemilik pertama kereta yang bakal mencetuskan fenomena baharu dalam arena automotif tempatan ni.

Tahniah kami ucapkan!

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • Assalamualaikum. Maaf saya mencelah. Nombor plat fancy semasa penghantaran tersebut hanya untuk peluang berfoto sahaja. Yang betul seperti yang Saudara Nizam Nordin paparkan. Hurufnya patuh JPJ. As the Group Chairman of PNB I’m truly honoured to be the first customer to make the booking and to receive the first delivery of the All New Perodua MyVi yesterday. It is beautifully designed by our very own Malaysian engineers at Perodua and has all the advanced features you would expect only in premium cars. And a 5-star NCAP safety rating too!. PNB is indeed proud of our investee company Perodua’s achievements. They truly deserve the national car company’s status. Kita rakyat Malaysia bangga dengan pencapaian ini. Tahniah kepada semua rakan-rakan di Perodua! Salam hormat.


    • Waalaikumussalam wbt Tan Sri, kami ucapkan tahniah kepada Tan Sri kerana menjadi pemilik pertama Myvi baharu. Kami juga kagum dengan keberanian para pereka dan jurutera Perodua untuk mencabar diri mereka melakukan rekaan tersendiri yang memang memikat hati rakyat Malaysia dan tidak keterlaluan kami katakan ia juga menepati citarasa global.

      Terima kasih kerana sudi singgah di laman web kami. Kami bangga dengan Tan Sri yang begitu bangga dengan produk buatan Malaysia, tak silap kami sebelum ni Tan Sri adalah pemilik terawal Proton Perdana baharu, siap bawak Uber lagi. Masa tu bawa mantan CEO Proton, Datuk Fuaad Kenali kan?

Leave a Reply