ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tanah mendap, tujuh kenderaan terjejas

Berita Tempatan

Views

Tujuh kenderaan terjejas akibat mendapan tanah di kawasan tempat letak kenderaan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Bandar Puchong, dekat Subang Jaya dalam kejadian petang Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, kejadian dilaporkan jam 6.46 petang itu, membabitkan enam van dan sebuah lori, masing-masing empat van Toyota Hiace, sebuah van Kindo dan Maxus serta sebuah lori satu tan.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Katanya, 10 anggota bersama tiga jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan.

Sebaik tiba, pihaknya mendapati terdapat mendapan tanah di tempat letak kenderaan terbabit membabitkan tujuh kenderaan terjejas. Bagaimanapun, kejadian tidak melibatkan mangsa.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Katanya, pemantauan dilakukan oleh pasukan bertugas bagi memastikan kawasan terlibat benar-benar selamat. Kes kemudian diserahkan kepada MBSJ dan polis yang berada di lokasi kejadian untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, MBSJ ketika dihubungi memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian itu dalam masa terdekat. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply