ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan model generasi keenam Honda CR-V kini dibuka – Dua pilihan rangkaian kuasa, dilancar bulan hadapan

Views

Honda Malaysia hari ini membuka tempahan untuk model generasi keenam Honda CR-V (Comfortable Runabout Vehicle) di semua 101 pengedarnya seluruh negara. Pelancaran rasminya pula dijadualkan pada bulan Disember 2023.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura, CR-V merupakan model CKD pertama syarikat yang dipasang di Melaka pada 2003.

Hingga setakat ini, lebih daripada 129,000 unit telah pun terjual sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai penyumbang utama jualan Honda Malaysia.

Dua pilihan rangkaian kuasa ditawarkan, 1.5L VTEC Turbo dan buat pertama kalinya menampilkan nadi hibrid, 2.0L e:HEV. Enjin 1.5L VTEC Turbo menjana 193 PS dan 243 Nm daya kilas yang digandingkan bersama transmisi CVT.

Versi 2.0L e:HEV pula mampu menghasilkan 184 PS dan 335 Nm daya kilas yang dipadankan bersama transmisi eCVT. SUV ini dilengkapi dengan pacuan semua roda AWD Masa Nyata.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Varian e:HEV RS juga buat pertama kalinya membuat kemunculan pada model CR-V kali ini. Ia menampilkan  jeriji hadapan dengan reka corak jejaring kemasan hitam berkilat, lampu hadapan dan belakang LED, lampu kabus LED dan lampu signal membelok LED berurutan (sequential).

Varian ini turut didatangkan dengan pemegang pintu lebih bergaya dan rim Berlina kemasan hitam berkilat bersaiz 18-inci.

Model ini didatangkan dengan teknologi termaju yang inovatif, antaranya pintu belakang bebas tangan dengan fungsi tutup secara automatik dan sistem kamera 360 darjah.

Aspek keselamatan CR-V baharu pula menampilkan Honda SENSING yang dipertingkatkan, merangkumi radar sudut-lebar bersama kamera dan penderia sonar untuk Kawalan Brek Halaju Rendah.

Sistem bantuan pemandu Honda SENSING kini mempunyai sembilan ciri, dengan tambahan Pancaran Pemanduan Adaptif yang eksklusif untuk e:HEV RS. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan Sistem Bantuan Kekal Lorong.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Untuk ketenangan minda, Honda Malaysia turut memperkenalkan Honda CONNECT yang ditawarkan sebagai standard pada model CR-V baharu.

Honda Malaysia juga akan mengadakan siri pratonton secara ekslusif CR-V baharu di pengedar Honda yang terpilih. Berikut adalah senarai pengedar yang mengadakan sesi pratonton tersebut:

TarikhWilayahPengedar
17 November 2023  

hingga  

18 November 2023

Pantai TimurBan Chu Bee Sdn Bhd
18 November 2023  

hingga  

19 November 2023

Syarikat Tan Eng Ann Sdn Bhd
25 November 2023  

hingga  

26 November 2023

SelatanBan Lee Heng Motor (Melaka) Sdn Bhd
Kah Motor Co Sdn Bhd – Tebrau
Yong Ming Motor Sdn Bhd
TengahElmina Motors Sdn Bhd
2 Disember 2023  

hingga  

3 Disember 2023

TengahBotanic Auto Mall Sdn Bhd
Peringgit Sri Motor Sdn Bhd
Sri Utama Auto Sdn Bhd
9 Disember 2023 

hingga

10 Disember 2023

UtaraFormula Venture Sdn Bhd
Motoria Sdn Bhd
Vivahill Auto Sdn Bhd

Pelanggan yang berminat boleh membuat tempahan CR-V baharu boleh log masuk ke prebook.honda.com.my, muat turun aplikasi HondaTouch atau kunjungi mana-mana 101 pengedar sah Honda seluruh negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply