ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian Proton X70 MC2 naik Genting Highlands di pagi Deepavali!

Foto Intip

Views

Nampaknya warga kerja dari Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Proton ‘tak rileks’ dan terus menyambung tugasan mereka meskipun dalam ‘mood‘ cuti perayaan Deepavali.

Unit ujian Proton X70 MC2 yang masih sarat dengan pelitup penyamaran telah dibawa ‘mendaki’ puncak Genting Highlands pada pagi Ahad lalu yang merupakan hari cuti bagi meraikan sambutan “pesta cahaya” itu.

Video dan beberapa fotonya sempat dirakam oleh sahabat kami Putra Kamrin Azran yang kebetulan berada di sana bersama beberapa rakannya.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Katanya, ada sesi kejar-mengejar apabila terserempak dengan X70 MC2 dan unit ujian sentiasa diekori dengan rapat, meskipun mereka cuba menjarakkan diri.

Seperti yang kita sedia maklum, Genting Highlands merupakan laluan wajib bagi para penguji kenderaan baharu yang bakal dilancarkan ke pasaran Malaysia.

Menurut ejen perisik Mat Bond, X70 MC2 akan menggunakan lampu hadapan jenis LED rekaan baharu, manakala ruang kabinnnya bakal menampilkan susun atur papan pemuka serba baharu.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Kata Mat Bond lagi, fasa pengeluaran model X70 MC2 sepatutnya dijadualkan pada bulan ini (November) selepas pengeluaran massa model sedan S70 (SS11) bermula sejak bulan Oktober lalu.

Namun, ia masih belum bermula memandangkan stok model sedia ada masih berbaki. Selain X70 MC2, Proton juga sedang mempersiapkan sebuah lagi model yang dikemaskini iaitu X50 RC.

Baru-baru ini, kelibat unit ujian X50 berkemungkinan besar versi facelift telah pun memulakan ujian jalan raya dan ia masih menggunakan model asal Geely Binyue Cool pemanduan sebelah kiri (LHD).

Kami akan cuba menghantar Mat Bond untuk menjalankan kerja-kerja risikan untuk mendapatkan perkembangan terkini X70 MC2 dari semasa ke semasa. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Putra Kamrin Azran

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply