ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempoh menunggu Toyota Harrier lebih singkat, stok dari Jepun akan ditambah

Views

Sejak pelancaran rasminya Januari lalu, Toyota Harrier mendapat permintaan yang sangat menggalakkan. Setakat ini, UMW Toyota Motor (UMWT) telah menyerahkan sebanyak 500 unit model terbabit kepada pelanggan di seluruh Malaysia. Namun, dengan senarai tempahan yang panjang, tempoh menunggu juga menjadi lama.

Kini, dengan kerjasama Toyota Motor Corporation jumlah bekalan Harrier akan ditambah dari kilang pengeluarannya di Jepun untuk pasaran Malaysia, sekaligus lebih banyak stok akan tersedia dan tempoh menunggu juga akan lebih singkat. Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, permintaan diperingkat global terhadap Harrier juga sangat memberangsangkan sejak awal pengenalannya dan untuk Malaysia, permintaannya semakin meningkat sepanjang tempoh tiga bulan cuti cukai yang lalu.

Kadar pengeluaran di Jepun kini mampu untuk menampung lebih banyak permintaan dan UMWT akan menerima lebih banyak unit model ini untuk serahan kepada pelanggan. Dijual pada harga RM243,000 (pendaftaran Semananjung Malaysia dengan SST, tanpa insurans), Harrier terkini ditawarkan dalam dua varian — Premium dan Luxury. Kedua-duanya menggunakan enjin petrol 2.0 liter empat-silinder generasi terbaru dengan pengecas turbo “twin scroll”, suntikan minyak terus D-4ST dan VVT-iW (Variable Valve Timing-intelligent Wide) untuk mendapatkan janaan kuasa yang tinggi dan penggunaan bahan api yang cekap.

JOM BACA >> Sistem GKUI Proton X70 – Aplikasi yang membolehkan pengguna berhubung dengan kereta menerusi telefon bimbit

Harrier juga dilengkapi dengan pakej Toyota Safety Sense, set komprehensif sistem keselamatan aktif yang pertama kalinya ditawarkan pada model Toyota di Malaysia. Ini termasuk ciri-ciri seperti Sistem Pra-Perlanggaran, Kawalan Jelajah Adaptif, Sistem Pengekalan Lorong, Amaran Peralihan Lorong dan Sistem Lampu Tinggi Adaptif. Lain-lain ciri keselamatan adalah terdiri daripada kawalan kestabilan kenderaan( VSC) dan kawalan cengkaman (TRC), Hill-start Assist Control (HAC), isyarat berhenti kecemasan, brek parkir elektronik + Auto Brake Hold, dan sensor parkir dengan kamera undur.

Empat pilihan warna ditawarkan — Dark Blue Mica Metallic, White Pearl, Sparkling Black Pearl dan Silver Metallic. Harrier didatangkan dengan jaminan lima-tahun tanpa had jarak perbatuan dan servis serta semua alat ganti akan disediakan di semua cawangan pengedar sah Toyota seluruh negara. Toyota juga sedang menganjurkan promosi “All About The Drive Bonanza” hingga hujung tahun ini. Bagi yang ingin memiliki Harrier baru, mereka akan berpeluang untuk memenangi pakej percutian dan layak untuk memenangi MPV kompak Toyota Sienta. Maklumat lanjut layari www.toyota.com.my.

JOM BACA >> INFO: Betul ke tidur dalam kereta boleh membawa maut?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply