ARKIB

KATEGORI

Buletin

All About The Drive Bonanza – Empat buah Toyota Sienta bakal jadi rebutan

Views

Bermula sekarang hingga 31 Disember 2018, pelanggan yang ingin membeli kenderaan baharu dari Toyota akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik, termasuk empat buah model MPV Toyota Sienta sebagai hadiah utama kempen “All About The Drive Bonanza” anjuran UMW Toyota Motor Sdn Bhd.

Kempen ini bermula sebaik sahaja pelanggan mengunjungi bilik pameran Toyota untuk memandu uji mana-mana model terbaharu dan usai pandu uji, mereka akan menerima cenderahati serta layak untuk menyertai satu peraduan. Mereka hanya perlu menjawab soalan kuiz yang mudah dan berpeluang memenangi hadiah telefon pintar dan juga peranti mudah alih yang lain.

Selepas pelanggan membuat tempahan ke atas kenderaan Toyota, mereka layak pula untuk menyertai satu lagi peraduan yang menawarkan pakej percutian. Kemudian, jika mereka meneruskan tempahan untuk pembelian berkenaan, mereka akan berpeluang menyertai sebuah lagi peraduan terakhir untuk merebut hadiah utama berupa empat buah model MPV Toyota Sienta.

JOM BACA >> Sistem GKUI Proton X70 – Aplikasi yang membolehkan pengguna berhubung dengan kereta menerusi telefon bimbit

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata pelanggan dialu-alukan untuk berkunjung ke bilik pameran Toyota dan memandu uji model-model baharu yang ada ketika ini untuk merasai sendiri pengalaman pemanduannya. Memiliki kenderaan Toyota merupakan satu pengalaman yang mempunyai banyak kelebihan dan menguntungkan pelanggan. “All About The Drive Bonanza” adalah tanda penghargaan kepada pelanggan yang selama ini telah banyak memberi sokongan kepada Toyota.

Kenderaan penumpang keluaran Toyota didatangkan dengan jaminan lima tahun dan tanpa had perbatuan. Sebagai tambahan, pemilik baharu turut akan menikmati Bantuan Jalanan 24/7 bagi tahun pertama pemilikan. Sokongan lengkap lepas jualan juga disediakan di semua rangkaian pusat servis sah Toyota seluruh negara.

Kunjungi bilik pameran Toyota yang dibuka sepanjang minggu, dan pada 21 & 22 Oktober ini akan berlangsung “Toyota Weekender” yang akan menyediakan pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga, termasuk jamuan ringan. Maklumat lanjut layari www.toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol di 1-800-8-TOYOTA (869682).

JOM BACA >> INFO: Betul ke tidur dalam kereta boleh membawa maut?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply