ARKIB

KATEGORI

Info

Tesla lantik anak Malaysia ini sebagai pengajar robotik – Bukan calang-calang orang beb!

Info

Views

Seorang pelajar Malaysia baru-baru ini telah dilantik oleh syarikat pengeluar kereta elektrik terkemuka milik bilionaire Elon Musk, Tesla sebagai pengajar robotik.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook Public Health Malaysia yang diterjemahkan dari artikel asal yang ditulis Richard Ker, Cik Fakhirah Khairuddin adalah bekas pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kota Putra (Ulul Albab).

Beliau merupakan kumpulan pertama dari MRSM tersebut dan selepas tamat pengajian, beliau telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang Kejuruteraan Aeroangkasa di University of California San Diego yang ditaja oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Beliau kemudian memperoleh Sarjana dalam Kejuruteraan Mekanikal di University of California, San Diego yang ditaja oleh UC. Sebenarnya, bukan mudah untuk mendapat pekerjaan di Tesla, namun beliau mempunyai pengalaman teknikal yang sangat luas, antaranya:

  • Pernah bekerja sebagai Jurutera Pembangunan Propulsi di University of California; di mana beliau menulis kod Matlab untuk mengkaji konduksi haba enjin roket.
  • Muncul sebagai pemenang tempat pertama di Northrop Grumman System Engineering Challenge 2019 bersaing dengan 50 pasukan lain, projek beliau adalah lengan robotik.
  • Merupakan adalah ketua pasukan dan menerajui penyelidikan dan pengembangan Projek Hexacopter bersama University of California, San Diego.
  • Beliau juga telah merekacipta quadcopter, casing sensor dan gear pendaratan di Solidworks, mempersembahkan konsep baharu melalui ujian cetakan 3D dan memperbaiki reka bentuk melalui lelaran.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Bukan itu sahaja, banyak lagi sebenarnya kejayaan dan pencapaian Cik Fakhirah ini sebenarnya. Maka tidak hairanlah Tesla ‘merekrut’ beliau sebagai tenaga kerja mereka.

Beliau kini menetap di Fremont, California dan bertugas sebagai pengajar Jurutera Teknik Latihan Robotik di Tesla, mengajar tentang robotik FANUC dan Kuka kepada jurutera dan juruteknik.

Syabas Cik Fakhirah! Semoga pencapaian ini dapat memberikan inspirasi buat kita semua. Hebat bukan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply