Tesla siang tadi secara rasminya melancarkan sedan elektrik terlaris di dunia, Model 3 Highland ke pasaran Malaysia. Ia merupakan model kedua Tesla di Malaysia selepas Model Y.
Pelancaran Model 3 turut diadakan serentak dengan pembukaan pusat pengalaman Tesla pertama Malaysia di Pavilion Damansara Heights.
Majlis telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan Pengarah Serantau Tesla, Isabel Fan.
Dua pilihan dua varian ditawarkan, iaitu Rear-Wheel Drive yang dijual pada harga bermula dariRM189,000 dan varian Long Range Dual Motor All-Wheel Drive yang ditawarkan pada harga bermula dari RM218,000.
Lima pilihan warna ditawarkan, dengan Pearl White Multi-Coat merupakan warna standard, manakala Solid Black dan Deep Blue Metallic (tambah RM5,000), Stealth Grey (tambah RM7,500) serta Ultra Red (tambah RM11,000).
JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran
Model 3 didatangkan dengan dua pilihan rona kabin, iaitu hitam (standard) serta dwitona kombinasi hitam dan putih dengan tambahan harga sebanyak RM5,000.
Untuk pilihan rim pula, ia ditawarkan dengan dua saiz iaitu Photon bersaiz 18-inci yang merupakan rim standard dan Nova bersaiz 19-inci dengan tambahan harga sebanyak RM7,500.
Varian Rear-Wheel Drive dilengkapi dengan motor tunggal yang menawarkan jarak pemanduan sehingga 523 km (WLTP) dengan pecutan dari 0-100 km/j dalam masa hanya 6.1 saat, manakala kelajuan maksimumnya 201 km/j.
Varian Long Range Dual Motor All-Wheel Drive pula dipacu oleh dua motor dan bateri dengan kapasiti lebih besar, sekali gus memberikan jarak pemanduan sehingga 629 km.
Kelajuan maksimumnya sama seperti varian Rear-Wheel Drive, namun daya pecutan 0-100 km/j lebih pantas, iaitu 4.4 saat.
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?
Model 3 tampil dengan penggayaan yang sedikit berbeza berbanding versi terdahulu, terutama sekali rekaan lampu hadapan serba baharu yang lengkap dengan lampu siang (DRL). Ia turut menampilkan bampar baharu yang lebih kemas dan minimalis.
Kabinnya kini lebih senyap dengan penggunaan kaca akustik 360 darjah. Ia turut ditawarkan dengan ciri baharu seperti pencahayaan ambien, sistem bunyi dengan memiliki sehingga 17 pembesar suara, dwi subwoofer dan dwi amplifier.
Dari segi keselamatan, ia menawarkan pilihan kepada fungsi Enhanced Autopilot disediakan merangkumi ciri Auto Lane Change dan Autopark dengan bayaran tambahan RM16,000, manakala untuk Basic Autopilot didatangkan sebagai standard.
Pilihan ciri pemanduan kendiri sepenuhnya turut ditawarkan dengan tambahan harga sebanyak RM32,000 dikenakan untuk semua fungsi Basic Autopilot dan Enhanced Autopilot.
Kedua-dua varian didatangkan dengan waranti empat tahun atau 80,000 kilometer. Waranti asas bagi bateri dan unit penggerak adalah selama 8-tahun atau 160,000 kilometer (Rear-Wheel Drive) dan 8-tahun atau 192,000 km (Long Range Dual Motor All-Wheel Drive).
Tempahan kini boleh dibuat menerusi www.tesla.com/en_my/model3, dengan penghantaran pertama bermula pada akhir tahun ini.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
KOMEN TERKINI