ARKIB

KATEGORI

Buletin

EPMB dan Great Wall Motor meterai MoU pemasangan dan pembuatan tempatan

Berita Tempatan

Views

EP Manufacturing Bhd (EPMB) menerusi anak syarikatnya, PEPS-JV (Melaka) Sdn Bhd menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Great Wall Motor Sales Malaysia Sdn Bhd (GWM Malaysia), anak syarikat Great Wall Motor Co Ltd (GWM) untuk pemasangan dan pembuatan tempatan di Malaysia.

Syarikat dalam satu kenyataan berkata dengan MoU itu, EPMB dan GWM Malaysia akan bekerjasama untuk memuktamadkan perjanjian dalam tiga bulan yang akan datang, dengan tujuan memberi peranan penting kepada EPMB untuk memasang model-model GWM yang terpilih, secara tempatan.

Model berkenaan dijangka termasuk model terkemuka seperti GWM SUV, trak pikap dan kenderaan elektrik (EV) yang canggih.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Kerjasama ini adalah langkah strategik ke arah memajukan pemasangan kenderaan tempatan, sejajar dengan visi kerajaan Malaysia untuk meningkatkan keupayaan automotif dan menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan industri di Malaysia.

Jika kedua-dua pihak mencapai persetujuan, EPMB menjangkakan untuk memulakan kerjasama ini bermula 2024. Pengeluaran kenderaan GWM EPMB dijangka akan meningkat secara berperingkat setiap tahun, dan disasarkan mencecah 20,000 unit menjelang 2028.

GWM kini hadir dalam semua pasaran automotif utama ASEAN. Kerjasama berkenaan dijangka memainkan peranan penting dalam rancangan GWM Malaysia di rantau ASEAN untuk terus mewujudkan kehadiran pasarannya dengan rangkaian infrastruktur jualan, servis selepas jualan serta penyelenggaraan yang komprehensif.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPMB, Ahmad Razlan Mohamed, berkata pihaknya amat berbesar hati untuk memulakan pakatan strategik dengan GWM, jenama pikap yang kukuh di China, dan terkemuka di seluruh dunia.

Tambahnya, EPMB akan gigih berusaha untuk memupuk kerjasama yang saling menguntungkan dengan GWM, yang akan menyumbang kepada pertumbuhan masa depan kedua-dua jenama.

Sementara itu, Pengarah Urusan GWM Malaysia, Mike Cui pula berkata, pihaknya juga teruja dapat menyaksikan detik yang menarik bersama-sama dengan EPMB, pembekal automotif Tier-1 yang bereputasi di Malaysia.

Sebagai projek CKD pertama GWM di ASEAN, dan ini akan menjadi jejak penting dalam landskap pengeluaran global GWM. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit GWM Malaysia

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply