ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis cari pemandu Myvi pakai nombor pendaftaran palsu

Tular

Views

Polis sedang mengesan pemandu kereta jenis Perodua Myvi yang tular memandu secara melulu selepas semakan mendapati ia menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya terkesan video tular kejadian berkenaan di Aplikasi X, semalam.

Kata beliau, kejadian tersebut memaparkan kereta jenis Perodua Myvi sedang dikejar oleh seorang penunggang motosikal sambil mengeluarkan kata-kata ‘makan tak bayar‘.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Hasil siasatan awal mendapati, kejadian berlaku sekitar pukul lebih kurang pukul 12.30 tengah hari, di sebuah gerai makanan tepi jalan di kawasan Kampung Jambu, di Kajang, kelmarin.

Tiada sebarang laporan polis diterima dari mana-mana pihak berkaitan kejadian sehingga kini.

Sehubungan itu, Mohd Zaid memaklumkan mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi balai polis yang berdekatan.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Mereka boleh juga menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Somasurehsan Munusamy di talian 016-4915193 di daerah Kajang bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular sebuah rakaman video di media sosial memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi memandu secara melulu dikejar penunggang motosikal sambil mengatakan ‘makan tak bayar’.

Video bedurasi 58 saat itu dimuat nakik pengguna di aplikasi X @nanmanjoi8715. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply