ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiada lagi diskaun saman JPJ – Anthony Loke

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan  Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, tiada lagi sebarang tawaran diskaun akan diberikan ke atas mana-mana notis kompaun yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi kesalahan lalu lintas.

Dasar tiada diskaun itu tidak bermusim dan akan diteruskan sepanjang masa, bukan hanya ketika musim perayaan sahaja seperti sebelum ini bagi menurunkan kadar kemalangan jalan raya. Beliau akan tetap tegas dan itu adalah dasar yang beliau telah tetapkan dalam Kementerian Pengangkutan.

Tambahnya lagi, beliau tidak kisah sekiranya ada pesalah trafik memarahinya kerana ia merupakan tugasnya untuk mengurangkan kemalangan jalan raya. Jadi tidak perlu menunggu diskaun lagi sekiranya disaman oleh JPJ. Ini merupakan cara terbaik untuk mengajar dan mendidik rakyat bagi membanteras kesalahan jalan raya.

Penguatkuasaan juga perlu lebih tegas untuk menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia kerana jumlah kemalangan jalan raya di negara ini masih tinggi. Dengan purata lebih daripada 6,000 nyawa terkorban setiap tahun, langkah drastik perlu diambil termasuk bersikap tegas kepada pesalah lalu lintas.

JOM BACA >> PANAS : Ruang dalaman Proton Iriz MC2 diperlihatkan semasa sesi pandu uji Tun Dr Mahathir

Antara kesalahan trafik yang sering dilakukan adalah tidak mematuhi lampu isyarat lalu lintas, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, memotong barisan, tidak memakai tali pinggang keledar, memandu di lorong kanan secara berterusan dan menggunakan lorong kecemasan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan 2019, di Dengkil, semalam. Dianggarkan kira-kira 10,000 pegawai dan anggota penguat kuasa termasuk 6,040 daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM); 1,800 daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), 150 dari Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) serta jabatan dan agensi sokongan lain akan bertugas sepanjang tempoh OPS Bersepadu ini.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) juga akan menggerakkan lebih 5,000 petugas untuk memastikan kelancaran dan keselesaan pengguna lebuh raya.  Beliau turut dimaklumkan, cuti pegawai dan anggota PDRM dan JPJ telah dibekukan. Tambahnya lagi, 11 unit lagi kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dipasang di sepanjang jajaran lebuh raya PLUS.

Buat masa ini lokasinya masih dalam penelitian dan bakal ditentukan oleh Kementerian Pengangkutan. Walaupun kamera ini dipasang oleh PLUS, syarikat berkenaan tidak menerima sebarang komisen daripada kadar saman yang akan dikeluarkan. Ia tidak seperti sebelum ini, syarikat yang memasang akan menerima komisen. Selepas ini semua saman tersebut akan masuk ke dalam dana kerajaan.

JOM BACA >> PANAS : Foto paling jelas Proton Iriz MC2 yang dipandu Tun Dr Mahathir di Putrajaya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply