ARKIB

KATEGORI

Tular

Sanggup ubah suai Proton Waja jadi penembak mercun bergerak

Views

Seorang pemandu kenderaan sanggup melakukan modifikasi pada kereta Proton Waja supaya ia boleh menembak mercun sehingga membahayakan keselamatan orang lain.

Menurut sebuah hantaran di aplikasi X, video berdurasi lima saat itu dipercayai dirakam di sekitar Pasar Borong Selayang, malam semalam.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Dalam video sama, pemandu kenderaan tersebut juga dilihat memecut sambil menembak mercun di sepanjang jalan.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai menyuarakan kegusaran masing-masing, lebih-lebih lagi tentang keselamatan orang awam.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

“Ini dah membahayakan orang awam sebab ini laluan orang ramai,” kata Riesna. “Lain macam ya orang Selayang ni,” kata Adib.

“Kalau boleh mencetuskan bahaya macam ini, lebih baik haramkan sahaja bunga api daripada masuk ke negara kita ini,” kata Eecham.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 114 tanda suka dan 102 kongsi semula. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply