PRO-NET mengumumkan panggilan terakhir untuk menyertai Pertandingan Menamakan Jenama Proton EV yang semakin ke peghujung.
Dengan hanya tinggal enam hari lagi sebelum pertandingan ini berakhir pada 5 Jun 2024, rakyat Malaysia di gesa untuk mengambil peluang ini dalam melakar sejarah baru untuk industri automotif negara.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
PRO-NET telah menerima lebih daripada 22,440 penyertaan dari seluruh Malaysia. Respon dalam pertandingan ini sungguh memberangsangkan dengan jumlah penyertaan yang terus meningkat.
Ini menunjukkan sokongan dan harapan besar rakyat terhadap Proton ke arah mobiliti elektrik. Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, sambutan yang luar biasa terhadap pertandingan ini adalah bukti semangat dan keterujaan rakyat Malaysia.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Dengan tarikh tutup yang kian hampir, PRO-NET mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta. Bagi mereka yang masih belum menyertainya, inilah peluang keemasan untuk menjadi sebahagian daripada sejarah baharu untuk industri automotif negara.
Hantar penyertaan anda sebelum 5 Jun 2024, jam 11.59 malam dan jadilah pelopor dalam evolusi kecemerlangan automotif Malaysia. Untuk maklumat lanjut, ikuti ProtonCarsOfficial di Facebook atau @protoncars di Instagram.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI