ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tip dan ramalan trafik sempena Tahun Baharu Cina dari Waze

Info

Views

Kemeriahan Tahun Baharu Cina kian terasa. Tiada yang lebih teruk daripada tersangkut dalam kesesakan lalulintas semasa dalam perjalanan ke jamuan makan malam anda, masa inilah teringat kat masakan ibu yang semestinya sedang menanti ketibaan anda. Jangan risau kerana Waze mempunyai beberapa ramalan trafik untuk membantu anda mengurangkan masa berada di dalam kereta agar anda dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga anda.

JOM BACA >> INTIP: Rombongan unit ujian Lynk & Co singgah di Temerloh – Adakah ia petanda jenama ini bakal masuk ke Malaysia?

Masa terbaik dan patut dielakkan untuk memandu di sekitar Malaysia

Tidak mahu lambat ke jamuan makan malam? Memandu pulang ke kampung untuk bertemu ahli keluarga dan sanak saudara anda? Ingin berjumpa dengan kawan-kawan untuk berkaraoke? Jom ikut tip ini! Anda hanya perlu ketik gambar-gambar di bawah untuk mengetahui masa yang harus dielakkan apabila anda memandu sebelum dan semasa Tahun Baru Cina.

Masa Terbaik dan dan patut dielakkan untuk memandu di sekitar Kuala Lumpur

Mereka yang berada di Lembah Klang ketika musim perayaan ini juga boleh mengambil kesempatan ke atas ramalan Waze tentang masa terbaik dan terburuk untuk memandu di sekitar Kuala Lumpur. Ketik untuk besarkan foto ini.

Bagaimanakah rakyat Malaysia meraikan Tahun Baharu Cina?

Waze juga telah mengenal pasti cara-cara popular rakyat Malaysia meraikan Tahun Baharu Cina. Merancang untuk bertemu dengan kawan-kawan dan keluarga anda? Mungkin sesi minum petang di sebuah hotel atau menjamu selera di pusat membeli-belah tidak sesuai jika anda tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Ketik untuk besarkan foto ini.

Raikan Tahun Baru Cina dengan lancar menggunakan aplikasi Waze, muat turun dan cubanya sendiri! Untuk maklumat lanjut, sila layari www.waze.com.

JOM BACA >> Apa model baharu yang bakal dilancarkan Proton antara 2018 hingga 2023?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply