ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Alphard dan Vellfire serba baharu dilancarkan, harga dari RM438,000

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini melancarkan dua model MPV mewah yang paling dinanti-nantikan di Malaysia, iaitu Toyota Alphard dan Vellfire serba baharu.

Alphard 2.4T Executive Lounge dijual pada harga RM538,000 tanpa insurans, manakala Toyota Vellfire 2.5 boleh didapati pada harga RM438,000 tanpa insurans.

Kedua-dua model ini didatangkan dalam empat pilihan warna yang menawan, iaitu Platinum White Pearl, Precious Metal, Precious Leo-Blond (Alphard sahaja), dan Hitam.

Alphard 2.4T Executive Lounge dijana oleh enjin 2.4-liter (T24A-FTS) empat silinder sebaris 16-injap DOHC turbo dengan Dual VVT-i yang menghasilkan 278 PS dan 430 Nm daya kilas.

Enjin ini digandingkan dengan transmisi 8-kelajuan automatik Direct Shift dengan Sequential Shiftmatic. Kelajuan maksimanya adalah 180 km/j, manakala penggunaan bahan apinya pula adalah 9.0 liter/100km.

Vellfire 2.5 dikuasakan oleh enjin 2.5-liter (2AR-FE) empat silinder sebaris 16-injap DOHC dengan Dual VVT-i yang menghasilkan 182 PS dan 235 Nm daya kilas.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Enjin ini digandingkan dengan transmisi 7-kelajuan Super CVT-i dengan Sports Sequential Shiftmatic dan Pendakap Prestasi Hadapan. Kelajuan maksimanya adalah 170 km/j, manakala penggunaan bahan apinya adalah 9.1 liter/100km.

Dari segi reka bentuk, Alphard dan Vellfire baharu menampilkan falsafah reka bentuk ‘Forceful x Impact Luxury’ dengan jeriji yang mewah dan lampu jenis LED penuh bersama lampu membelok berurutan di depan dan juga belakang.

Ruang kabinnya kini lebih mewah dengan kombinasi kemasan kulit dan serat kayu, bersama bumbung lut cahaya panoramik yang memberikan suasana yang lapang dan luas, ibarat berada di dalam hotel mewah atau jet peribadi.

Pencahayaan 64-warna pada bahagian sisi dan juga silingnya turut menambahkan lagi aura kemewahannya. Model ini turut didatangkan dengan lampu membaca boleh laras bagi memastikan daya penglihatan yang maksimum.

Ruangan pemandunya pula boleh diibaratkan seperti kokpit jet peribadi dengan segala suis mekanikal dan butang kawalan menghala dengan optimal bagi memudahkan capaian.

Panel instrumennya menampilkan meter digital 12.3-inci TFT Warna Penuh yang digandingkan dengan papan dongak baharu yang kini lebih jelas, meskipun dalam apa jua keadaan pencahayaan.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Tempat duduk di hadapan dan belakang baris pertama kini dilengkapi dengan Pemanas Tempat Duduk dan Pengudaraan. Selain itu, tempat duduk belakang baris pertama Alphard 2.4T Executive Lounge menampilkan ciri eksklusif ‘kerusi urut’.

UMW Toyota Motor turut memperkenalkan sistem Hybrid Long Slide yang membolehkan tempat duduk baris kedua dilungsur sehingga 480 mm (secara elektrik atau manual pada Alphard, manual pada Vellfire).

Alphard dan Vellfire dilengkapi dengan Struktur Anti-Getaran yang mengurangkan rasa impak semasa pemanduan, terutamanya di jalan bergelombang dan tidak rata.

Dari segi keselamatan, Alphard dan Vellfire didatangkan dengan Toyota Safety Sense yang merangkumi Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC), Amaran Keluar Lorong (LDA), Bantuan Papan Tanda Jalan Raya (RSA) dan Sistem Lampu-tinggi Adaptif (AHS).

Presiden UMWT, Datuk Ravindran K. menyifatkan model MPV mewah ini sebagai pengalaman serba mewah premium yang direka khusus untuk pelanggan mereka.

Kedua-duanya menetapkan standard baharu untuk kemewahan dan prestasi dalam segmen MPV, mencerminkan komitmen mereka dalam menyampaikan kenderaan mengagumkan yang melangkaui semua jangkaan.

Bagi mengoptimumkan kebebasan mobiliti, Alphard dan Vellfire serba baharu ini didatangkan dengan jaminan penuh selama 5 tahun tanpa had perbatuan.

UMWT juga merupakan pengedar eksklusif dengan pusat jualan dan servis rasmi, menyediakan perkhidmatan yang dipercayai dan jaminan alat ganti.

KLIK UNTUK BESARKAN

Toyota Alphard 2023

Toyota Vellfire 2023

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply