ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota lancar Hiace serba baharu di Filipina

Berita Global

Views

Toyota Motor Corporation (Toyota) telah melancarkan model Hiace serba baharu yang direka untuk pasaran luar negara dan Filipina telah dipilih sebagai lokasi pelancaran tersebut semalam. Hiace serba baharu dibina dari pelantar khas yang dirombak semula yang bukan sahaja mempertingkatkan keselesaan dan keselamatan, malah ia lebih tahan lama dengan prestasi asas yang mengagumkan sekaligus menjadikannya sesuai untuk keperluan harian pelanggan dan perniagaan.

Dalam pasaran yang baharu, permintaan terhadap pengangkutan penumpang seperti bas mini pelancong, bas persendirian dan kenderaan untuk kegunaan logistik kian meningkat. Oleh itu, Hiace dibangunkan untuk dapat memberi respons yang fleksibel terhadap pelbagai keperluan ini. Selepas pelancaran di Filipina, ia akan diperkenalkan secara berperingkat di beberapa rantau dan negara lain, dengan memfokuskan kepada pasaran yang baharu.

Model Hiace semasa pula akan terus dijual di Jepun seiring dengan persekitaran pasaran tempatan yang berbeza. Ketua Jurutera yang bertanggungjawab untuk pembangunan model ini, Takuo Ishikawa berkata Hiace telah dibangunkan dengan menggunakan kata kunci “Kebanggaan Hiace (Hiace Pride)”. Jadi pemilik, pemandu, dan penumpang tahu bahawa mereka berada dalam keadaan baik apabila mereka memiliki, memandu, dan menaiki Hiace.

Sejak pengenalan generasi pertamanya pada 1967, Hiace menjadi salah satu kenderaan global yang mewakili Toyota dan telah terjual lebih daripada 6.24 juta unit di lebih 150 buah negara. Hiace menunjukkan kehebatannya melalui ketahanan dan keandalan yang tinggi, dan telah digunakan sebagai van, bas mini, dan sebagai pengangkutan persendirian. Pada masa ini, ia sebahagian besarnya dijual di Asia, Timur Tengah, Afrika, Oceania, Mexico, dan Amerika Latin.

JOM BACA >> Model SUV kompak Proton bakal dinamakan X50?

Ciri-ciri utama
(Variasi dalam spesifikasi mungkin bergantung kepada sasaran pasaran)

Luaran

  • Ditawarkan dalam dua pilihan badan: Normal/Bumbung Standard dan Panjang/Bumbung Tinggi.
  • Menggunakan pakej separa bonet, ciri-ciri yang paling penting Hiace – kebolehpercayaan, ketahanan, dan keindahan fungsinya telah berkembang dan dipertingkatkan, mewujudkan gaya luaran yang menampakkan ruang yang lebih selesa dan canggih.

Dalaman

  • Susun atur dengan pelbagai barisan tempat duduk atau pertambahan ruang barangan ditawarkan untuk menepati pelbagai kegunaan.
  • Mampu membawa sehingga 17 orang penumpang dalam versi “Commuter” – yang terbanyak dalam kelasnya untuk kegunaan sebagai bas persendirian.
  • Ruang dalaman dan fungsi khusus untuk keselesaan pada versi baharu “Tourism”.
  • Untuk versi “Van” ia menampilkan ruang barangan yang sangat besar untuk mengangkut palet.
  • Reka bentuk dalaman yang selesa memberikan kelegaan minda manakala kehendak fungsi untuk pemandu dan penumpang telah dipertingkatkan, seperti ditunjukkan pada poket pintu yang besar dan tempat meletak barang di bawah tempat duduk yang agak tinggi.

Prestasi pemanduan

  • Hiace serba baharu menawarkan keselesaan pemanduan yang dipertingkatkan, lebih senyap dan selamat menerusi badan serba baharu yang dibangunkan dari idea reka bentuk TNGA (Toyota New Global Architecture), seperti ketegaran badan tertinggi yang dicapai melalui struktur kerangka berbentuk cincin .
  • Ruang dalaman yang selesa mampu mengurangkan keletihan pemandu walaupun memandu dalam jarak yang jauh, dan ketahanan yang tinggi memberikan keselamatan serta kelegaan minda walau apa jua keadaan jalan.
  • Hiace ditawarkan dengan dua pilihan enjin, sama ada enjin 1GD (2.8-liter diesel) atau 7GR (3.5-liter petrol).

Kelengkapan keselamatan

Hiace didatangkan dengan Toyota Safety Sense dan berjaya mencatatkan prestasi setanding dengan penarafan  lima-bintang Euro NCAP.

Jenis badanNormal / Bumbung StandardLong / Bumbung Tinggi
Panjang5,265 mm [+570 mm]5,915 mm [+535 mm]
Lebar1,950 mm [+255 mm]1,950 mm [+70 mm]
Tinggi1,990 mm [+10 mm]2,280 mm [-5 mm]
Jarak gandar3,210 mm [+640 mm]3,860 mm [+750 mm]

JOM BACA >> Gambaran digital Proton Impian generasi baharu

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply