ARKIB

KATEGORI

Buletin

TrueMoney kini diterima di semua stesen BHPetrol dan Petron seluruh negara

Berita Tempatan

Views

TrueMoney baru-baru ini mengumumkan perkongsian mereka dengan dua syarikat petroleum terulung di Malaysia, iaitu BHPetrol dan Petron.

Penambahan dua peruncit mobiliti besar ini membolehkan pengguna TrueMoney menikmati pembayaran yang lancar dan mudah di kesemua 794 stesen Petron dan 320 BHPetrol di seluruh Malaysia.

Pengguna TrueMoney kini boleh menikmati pengalaman pembayaran yang mudah apabila mengisi minyak, membuat pembelian atau mengakses perkhidmatan penting di mana-mana lokasi stesen perkhidmatan BHPetrol atau Petron.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Ir. Azizul Azily Ahmad, pengguna TrueMoney kini boleh menggunakan e-dompet tersebut bagi memudahkan proses pembayaran selancar mungkin di stesen-stesen mereka.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Pelanggan TrueMoney juga boleh memanfaatkan faedah tambah nilai secara tunai di kedai-kedai yang mengambil bahagian, termasuk stesen BHPetrol, stesen minyak Petron, stesen minyak FIVE, Billion Shopping Centre, Hai-O Raya dan banyak lagi.

Pembaharuan ini meluaskan rangkaian syarikat untuk meliputi sejumlah 7,475 cawangan yang menawarkan kemudahan tambah nilai tunai.

Landskap pembayaran digital di Malaysia sedang mengalami transformasi, didorong oleh pertumbuhan luar biasa sektor e-dagang.

Sebuah artikel melaporkan pasaran e-dagang Malaysia menyaksikan perkembangan yang besar, melonjak daripada AS$3 bilion pada 2019 kepada AS$46 bilion pada 2020.

Pakar industri meramalkan lonjakan selanjutnya sebanyak AS$13 bilion menjelang 2025. Pertumbuhan ini menyumbang kepada peningkatan ketara dalam pembayaran digital, termasuk e-dompet.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Risikan terperinci mendapati bahawa, bilangan pengguna pembayaran digital dijangka akan meneruskan lonjakan trajektori antara 2023 dan 2027, dengan anggaran peningkatan sebanyak 3.2 juta pengguna, menandakan peningkatan yang luar biasa sebanyak 19.04 peratus.

Selain itu, revolusi e-dompet ini sedang didorong oleh peningkatan trend pembayaran tanpa tunai dan tanpa sentuh, terutamanya dalam kalangan individu-individu generasi milenium, Gen X dan Gen Z.

Pengarah Urusan Negara Kumpulan Ascend, Jessie Chong, pelanggan boleh menikmati faedah ini dan banyak lagi apabila membayar di mana-mana satu daripada lebih 1,100 stesen petrol Petron dan BHPetrol, di seluruh negara.

Dilancarkan di Malaysia sejak Januari lalu, syarikat ini telah mengembangkan ekosistem e-dompetnya kepada kira-kira 12,000 peniaga dan 30,000 titik bayaran yang merangkumi sektor runcit, permainan, teknologi dan banyak lagi.

TrueMoney berhasrat untuk menawarkan kemudahan dan keboleh capaian yang tiada tandingan kepada pelanggannya sambil mengembangkan jejak dalam sektor perkhidmatan kewangan, mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain terkemuka dalam industri.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply