ARKIB

KATEGORI

Buletin

UMPSA akan mula gunakan kenderaan elektrik, siap dengan stesen pengecasan

Berita Tempatan

Views

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) baru-baru ini melancarkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) dalam memanfaatkan teknologi dan inovasi untuk kebaikan masa hadapan.

Pelancaran tersebut juga dapat meng­aplikasikan teknologi dan mengamalkan gaya hidup lebih baik dengan mengurangkan pembebasan karbon yang bakal memberi penyelesaian inovasi kepada industri tenaga.

Menerusi inisiatif tersebut, dua bas elektrik dan dua van elektrik dengan stesen pengecasn diperkenalkan di UMPSA bagi menggalakkan penggunaan karbon rendah serta kenderaan pintar yang cekap tenaga.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Menurut Naib Canselor UMPSA, Prof. Datuk Ts Dr. Yuserrie Zainuddin, UMPSA kini telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan dalam usaha memperkasakan amalan lestari melalui pelbagai program universiti yang dilaksanakan.

Pelan Strategik UMPSA 2021-2025 telah berjaya mencapai sasaran kemajuan pembangunan kampus lestari sebanyak 86.8 peratus pada suku ketiga tahun ini,melebihi sasaran ditetapkan iaitu 78 peratus.

Jelasnya, inisiatif kampus lestari akan dirancakkan lagi dengan pelbagai aktiviti seperti penanaman pokok, penjimatan tenaga dan sumber serta pengurangan karbon di dalam UMPSA.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Inisiatif tersebut adalah selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDG) yang ditetapkan pihak kerajaan.

Yuserrie berkata demikian pada acara penyerahan replika kunci kenderaan elek­trik yang disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Go Automobile Manufacturing Sdn. Bhd., Wan Ahmad Wan Omar kepadanya.

Turut hadir menyaksikan acara penye­rahan replika itu ialah Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di pekarangan parkir Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya.

Pada masa sama, UMPSA aktif me­laksanakan kempen kelestarian bagi meningkatkan kesedaran warga kampus supaya sentiasa menjaga alam sekitar seiring merealisasikan hasrat universiti ke arah kampus lestari. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Pendidikan Tinggi – JPT

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply