ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP: Unit ujian Proton X50 RC1 mula menunjukkan diri, nampak macam ‘klon’ Geely Binyue Cool!

Foto Intip

Views

Nampaknya informasi yang diberikan oleh ejen perisik tersohor kami Mat Bond, jarang sekali tersasar. Jika sebelum ini beliau pernah berkata Proton sedang mempersiapkan X50 RC1 yang akan muncul selepas X70 MC2, ternyata ia tepat.

Kelibat unit ujian X50 RC1 lengkap dengan pelitup penyamaran akhirnya muncul di jalanan buat kali pertama dan ia berjaya dirakam oleh individu yang bernama Hector Soh dan satu lagi foto dikongsikan di Facebook rasmi The Ajerul.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Foto tersebut telah dikongsikan oleh rakan media di WapCar.my dan memperlihatkan unit ujian X50 RC1 yang mengenakan pelitup penyamaran yang menyembunyikan rekaan bahagian hadapan dan juga belakang.

Sekilas pandang, X50 RC1 dengan warna dwitona putih berbumbung hitam itu memperlihatkan gaya rekaan yang mirip model facelift, Geely Binyue Cool.

Ini dapat dilihat menerusi bentuk lampu hadapan dan juga bampar dengan rekaan lebih tajam, meskipun ia masih sarat dengan pelitup penyamaran.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Bahagian belakangnya pula menampakkan lampu jenis LED rekaan melintang yang dilitupi pelekat hitam, spoiler bumbung dan bampar yang lebih sporty.

Selain itu unit ujian juga tampil dengan set rim rekaan baharu dan juga angkup brek berwarna merah. Buat masa ini belum ada sebarang maklumat lebih lanjut berkenaan X50 RC1.

Model X50 RC1 hanya akan diperkenalkan selepas pelancaran S70 (SS11) pada akhir bulan ini dan X70 MC2 sebelum akhir tahun atau selewat-lewatnya pada awal 2024. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Hector Soh dan The Ajerul

Geely Binyue Cool

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply