ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tun Dr Mahathir bakal dilantik Pengerusi Proton!

Views

1175371_10151857568432318_989347367_n

Nampaknya peralihan pucuk pimpinan dalam Proton kini semakin ketara. Setelah perlantikan Datuk Abdul Harith Abdullah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Proton, kini angin bertiup semakin kencang mengenai pelantikan Tun Dr Mahathir sebagai Pengerusi Proton menggantikan Tan Sri Mohd Khamil Jamil. Beliau juga turut dilantik sebagai Pengerusi Lotus. Pengumuman rasmi bakal dibuat semasa mesyuarat Lembaga Pengarah seawal minggu hadapan menurut themalaysianreserve.com.

Adakah DRB-Hicom kini sedang menstruktur semula kepimpinan untuk melaksanakan transformasi besar-besaran untuk memulihkan Proton? Kita nantikan pengumuman rasminya nanti.

* Desas-desus semakin kencang mengenai nama IRIZ yang sebelum ini dikatakan bakal menjadi nama rasmi Proton GSC. Kalau ada kawan-kawan yang kerja dengan MyIPO boleh la cuba risik nama tu sama ada dah didaftarkan tanda niaga atau belum, hehehe… 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

19 Comments


    • chairman kerja dia tak termasuk dalam operation, dia just jadi ketua dalam board of director je. Board of director tugas dia pantau management. Board of director juga ada hak untuk melantik CEO dan melantik audit, sebarang keputusan dilakukan secara consensus melalui undi. Appointment mahathir lebih kepada figurehead.


      • i think ur commment is not correct. you need to know what are the difference between Executive Chairman and just Chairman. Theres a big difference between the two and during Tan Sri Khamil, he is more involved in everything as he wants to understand the situation and of course he has his men around to execute but with his consensus and approval. thats why Proton has improved eventhough it is not significant yet thus far. And i think Tun M will not just be a figurehead as we all know that Proton is his Baby from Day 1. he was the guy who brought up the idea and fought for it till this very day. it is more than just a figurehead.


  • Apa yang saya Nampak, DRB-HICOM akan gunakan Dr.Mahatahir untuk push kerajaan. Akan kita dengar nanti usaha melobi oleh Dr. Mahathir dalam hala tuju polisi automotif yang favour kepada Proton. Pengecualian cukai, geran pembangunan, mungkin juga polisi lupus kereta akan Dr.Mahathir canangkan kepada kerajaan. Syabas Tan Sri Mohd Khamil Jamil gunakan pintu belakang untuk selamatkan Proton.


  • Mmm… kalau tun M jadi pengerusi proton, maknanya post yg dulu ditinggalkan oleh Dato Nadzmi la kn? Sebelum nie pun Dato’ Khamil bukannya pengerusi proton setahu sy. Dia pengerusi eksekutif kn? Tinggal lagi pos pengarah urusan jer xde lagi. Ker mmg nk ditiadakan? Huhu.

    Apa2 pun all the best. Buat la apa2 jua penstrukturan baru pun. Yg penting proton terus maju…bleh?:)

    Cheers!


  • Kita menghormati Tun M sebagai org yg berjasa pd Proton dn negara. Tp tidak sesuai lg jawatan Pengerusi Proton itu diberi pd Tun. Zaman sudah berlalu dan kita jgn gelapkan Proton dgn agenda2 lain.

    Tidak seharusnya Tun pd usia begini dilibatkan dengan kedudukan begitu. Sayang sekali Proton masih dibelenggu oleh org2 yg sama.. bagaimana nk berubah??


  • Wonder, apa peranan pengerusi dlm organisasi bisness mcm proton ni. Teringat plak masa sy jd pengerusi persatuan pengakap kt skola dulu. Pening ooo… Nk tackle budak ting 1 yg baru daftar tu join pengakap. Saingan sengit dr kadet tentera dan st john. Al maklumlah uniform diorg cantik. Mcm-mcm aksesori kt baju diorg. Beret hijau ada, merah ada, hitam ada. But hitam berkilat sampai bulih nampak gigi tersengih. Pengakap masa tu baju kelabu buruk je. Topi mcm songkok budak baru sunat. Seluar biru belen-belen skola rendah punya. Siap ada getah pinggang lg.

    So sy tukar unit dr pengakap biasa kpd unit pengakap laut. Walau cikgu x bg (sbb yg nk kena urus tu dia, bukan sy), tp sy tetap berkeras juga. Kalau x semua ajk tertinggi x nk buat kerja. Sy dptkn sokongan semua ahli. Bila dpt tukar, dpt la pakai uniform baru. Uniform putih. Plus lencana, rambu, beret biru. Seluar yg ada getah sy x bg pakai. Pakai seluar baru yg byk kocek kanan kiri tu. Lepas tu berduyun bdak baru join pengakap. Tahun-tahun lepas sy trendnya sama sbb bdak baru masuk dh ada contoh idola abg-abg kakak-kakak pengakap yg smart je penampilannya.

    So pengerusi baru proton nk buat mcm mana utk attarct budak-budak baru yg start pegang duit utk beli proton? Rasa proton pun kena design uniform lain kot. Hihihi


    • Waaah.. kenangan silam nih.. Sea Scout vs Land Scout vs St John vs Army Cadet?..
      Sekolah sy yg semua laki2 of course la Kadet Tentera femes.. bkn sbb uniform sj tp krn imej ‘kelasakan’ dan ‘kejantanan’ yg dipamerkan oleh kadet tentera.. bila berkawad je nampaklah kehebatan tu..

      So bagus jg analogi2 mcm Sebaik Perhiasan ckp tu.. anyway sy pun sama xnampak peranan Pengerusi, gaji je kot lebih hehehe


  • Mmm… tun M seorang negarawan yg dihormati; seorg bapa pemodenan M’sia. Usah pertikai kebolehannya. Even Proton n perodua adalah hasil cetusan ideanya memacu industri automatif negara bagi memenuhi kapasiti ekonomi m’sia dlm bidang tu. Walau diri dimamah usia, tapi idea, wawasan dan pengaruhnya tetap malar segar utk dijadikan inspirasi.

    Cheers!


  • kesian tun dah berumur dan tak sihat pun masih takleh berehat dan kena kerja. tak ada ke generasi yg lagi muda yang boleh naikkan proton..

    komen ni takde kaitan dgn politik, cuma kesian kat individu nie je tengok gambar2 masa pelancaran suprima pun nampak tun tak sihat, berdiri pun dah tak boleh lurus.


  • Betul tu dan sangat setuju tentang hal ini.

    Dan ini bukan masanya Proton kembali menagih simpati dari Kerajaan. Proton perlu seseorang leader yang tahu ke mana hala tuju Proton yang hendak di bawa ya.

    Seseorang yang perlu kuasa penuh untuk mengetuai Proton dari A-Z dan bukan kuasa 50-50. Seseorang yang muda dan penuh dengan idea baru dan segar.

    Org tersebut memang dah ada tetapi hasrat tidak kesampain. Dan kenapa tidak panggil org tersebut kembali. Ingat sejarah Apple, bila mana Steve Jobs keluar dari Apple. Apa jadi kepada Apple? Satu syarikat yang sudah mahu guling tikar.

    Maka demi menyelamatkan Apple, Share holder telah memanggil Steve Jobs masuk kembali menyertai Apple. Maka Steve Jobs memulakan kembali idea2 yang terbantut setelah join kembali Apple.

    Lahirlah produk yang baru dan segar dan mengubah dunia gadget dan kehidupan kita sekarang ini.

    Kenapa tidak tiru contoh begini. Kenapa tepu sangat pemikiran sampai jalan penyelesaian perlu menagih bantuan Kerajaan. Kenapa perlu lagi Tun dalam hal ini. Cukup2 lah.. Jangan beban kan Tun dalam hal ini. Sudah cukup dia yang mulakan industri automotif ini di malaysia. Biar org lain yang sambungkan dan habis kan dengan penuh jaya. Biarkan Tun tersenyum dengan Hasilnya dari cetusan idea beliau yang lalu.

    Percayakah kes Proton ni sama sangat macam kes Steve Jobs dengan Syed Zainal Abidin. Sama.

    SJ keluar Apple buka Kompani baru nama NeXT. Produk baru khusus kepada system universiti.

    SZA pon keluar dan buka Kompani baru yang khusus produk kepada pendidikan.

    Suratan takdir telah tertulis beliau SJ akan kembali ke APPLE dan mengubah dunia dalam platform electronic.

    Boleh jadi juga Tuan SYED ZAINAL ABIDIN akan mengubah pandangan dunia automotif dengan idea yang baru.

    Kenapa mahu malu untuk merujuk jika beliau memang sesuai dan boleh mengubah nasib Proton dgn idea yg baru dan segar dan secara tidak langsung menjadi pengeluar kereta umat Islam yang terkenal dalam sejarah. Why not???

    Jika DRB tak mahu buat sesuatu dan terjadi sesuatu yang buruk kepada Proton dan umat Islam keseluruhan yang berkerja dlm rangkaian Proton, maka bagaimanakah Tuan nak menjawab di depan ALLAH di Padang Marsyar nanti??? Pikir dan renungkan.

    Kekayaan yang ada pada kita tidak ada jaminan kita di akhirat nanti.

    Rujuklah kembali..

    Maaf panjang saya membebel di hari jumaat ini.

    Mohon maaf dari saya jika tersalah dan terkasar bahasa.

    Go Proton go VICTORY! InsyaALLAH


  • ini proton ada banyak problem la… bagi ini proton sama org c*** la baru ok. org c*** byk rajin, byk kuat kerja ada pandai juga… bukti… sjkc byk bagus juga kan itu sebab bukan c**** byk juga hantar anak sama sjkc. saya ada hantar kereta sama bengkel org bukan c***…. banyak tak puas hati maaa… upah banyak mahal tapi tak ada kualiti maaaa…. habis banyak bunyi kereta saya, ini pusing skru pun tak tau punya…. saya hantar kereta sama org c*** kerja banyak cepat, ada kualiti, sudah ok.
    proton ka…. itu khidmat servis lepas jual bagi sama mekanik C*** la…. itu pengurusan n buat keputusan juga bagi sama org c***. itu reka lukis kereta bagi sama me**** sebab ini me**** banyak kreatif lukis2 gambar punya. itu sellman n sellgirl bagi sama org in*** sebab org ini banyak pandai pusing2 cerita ma…. ini macam 1 malaysia… bolehland n pandaland…

Leave a Reply