UD Trucks dan Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd (TCIE), baru-baru ini telah mengadakan majlis makan malam Tahun Baru Cina untuk para pelanggan, rakan kongsi dan pengedar di Pusat 3S Batu Caves yang baharu dinaik taraf.
Majlis ini diadakan untuk meraikan dua pencapaian penting, UD Trucks yang kini berusia 90 tahun dan pembukaan rasmi Pusat 3S ini selepas kerja-kerja pengubahsuaian dan penambahbaikan yang menyeluruh.
Majlis dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada pihak pelanggan, pengedar, pengurusan kanan serta kakitangan UD Trucks Malaysia dan TCIE. Trak-trak Euro 5 Quester dan Croner terbaharu juga turut dipamerkan.
Pengarah Urusan Hub Malaysia, UD Trucks, Steve Hedouin berkata, tahun ini genap 90 tahun UD Trucks telah menerajui inovasi untuk penyelesaian pengangkutan sejak ia ditubuhkan pada tahun 1935 oleh Kenzo Adachi.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?
Di Malaysia, pihaknya berbesar hati kerana lebih 45 tahun daripada 90 tahun kewujudan UD Trucks telah dibina dengan sokongan padu rakan kongsi iaitu TCIE.
Pembukaan Pusat 3S Batu Caves TCIE yang dinaik taraf ini adalah salah satu daripada pencapaian yang mencerminkan komitmen bersama UD Trucks dalam menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan pengangkutan berkualiti tinggi untuk para pelanggan.
Hedouin berkata bahawa UD Trucks akan sentiasa menawarkan inovasi dan penyelesaian transformatif untuk logistik pintar bagi membantu para pelanggan menjadi lebih cekap dan berdaya tahan dalam landskap industri yang pantas berubah, serta menyumbang ke arah kelestarian alam sekitar.
Pengurus Besar Kanan TCIE, Loh Thim Choy berkata, Pusat 3S ini telah ditambahbaik secara menyeluruh dan ini menunjukkan dedikasi kukuh mereka dalam meningkatkan pengalaman pelanggan dan kecekapan perniagaan, serta operasi.
Pusat 3S Batu Caves ini juga berfungsi sebagai lokasi ibu pejabat TCIE dan kini menawarkan pengalaman pelanggan yang lebih baik, bantuan kejuruteraan dan teknikal untuk kerosakan dan penyelenggaraan, serta sokongan perkhidmatan kerosakan 24 jam.
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
Ia dilengkapi empat kaunter penerimaan tetamu untuk mengurangkan masa menunggu. Di samping itu, terdapat ruang istirahat dengan sajian minuman ringan dan persekitaran yang tenang, terutamanya untuk para pemandu sementara mereka menunggu kenderaan mereka diperiksa atau diservis.
Dari segi sokongan teknikal, Pusat 3S yang dipertingkatkan ini mempunyai 28 ruang servis dan pembaikan berbanding 14 ruang sebelum ini.
Aliran kerja juga lebih lancar kerana 14 ruang dikhaskan untuk kenderaan komersial ringan dan 14 ruang lagi adalah untuk kenderaan komersial sederhana dan berat.
Terdapat juga lubang servis yang baru dibina untuk akses mudah pasukan teknikal ke bahagian bawah trak, sekali gus memberikan kecekapan kerja yang lebih baik.
Kemudahan lain termasuk bilik khusus untuk baik pulih enjin, alatan khas dan inventori penuh alat ganti.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
KOMEN TERKINI