ARKIB

KATEGORI

Buletin

myTukar terima aungerah ‘Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia 2023’ dari HR Asia

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini myTukar telah dinobatkan sebagai antara ‘Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia 2023’ oleh HR Asia.

Pencapaian ini merupakan kemenangan dan penyertaan pertama myTukar, sekali gus membuktikan pelaksanaan pendekatan yang mengutamakan pekerja dalam perniagaannya.

Anugerah tersebut merupakan antara anugerah dalam bidang sumber manusia yang paling penting di rantau ini, dan mengiktiraf syarikat yang mempunyai kaedah sumber manusia terbaik, tahap penglibatan pekerja yang tinggi dan budaya tempat kerja yang cemerlang.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Menurut Pengarah Sumber Manusia myTukar, Chok Oi Sin, pihaknya komited dalam menyediakan tempat kerja yang inklusif bagi membolehkan pekerjanya berkembang dalam pembangunan profesional dan peribadi.

Bagi menerapkan semangat pembelajaran dalam syarikat, myTukar telah menganjurkan lebih 100 sesi pembelajaran berbeza di pelbagai lokasi seluruh negara.

Sesi yang disediakan meliputi kemahiran teknikal hingga pembangunan kemahiran insaniah, dan terbuka kepada semua pekerja termasuk di bahagian pengurusan pejabat hingga bahagian Jualan dan Selepas Jualan.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Awal tahun ini, myTukar telah melancarkan Webinar Kesejahteraan Mental secara langsung setiap dua minggu yang dikendalikan oleh kaunselor bertauliah.

Ketua Pegawai Eksekutif myTukar Derrick Eng, berkata, anugerah ini melambangkan kejayaan pendekatan mereka yang mengutamakan pekerja dalam menjalankan perniagaan. Ini membuktikan bahawa myTukar adalah sebuah syarikat yang mementingkan kesejahteraan pekerjanya.

Semasa pandemik COVID-19, myTukar tetap meneruskan pembayaran gaji kepada pekerja selain memanfaatkan situasi berkenaan dengan memberikan latihan dan set kemahiran baharu kepada mereka.

Sehingga kini, myTukar masih meneruskan inisiatif tersebut serta sentiasa menyokong pekerjanya menerusi pelbagai peluang peningkatan kemahiran dan pembelajaran.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply