ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tragedi berkonvoi, tiga McLaren MP4 dari Singapura ‘menyondol’ sesama sendiri

Berita Tempatan

Views

Konvoi enam kereta mewah dari Singapura bertukar tragedi selepas tiga daripadanya rosak teruk akibat terlibat kemalangan di Kilometer 63 Jalan Yong Peng-Kluang dekat Kluang, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Nor berkata, insiden tersebut yang berlaku pada jam 9 pagi melibatkan tiga kereta mewah jenis McLaren MP4.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Kemalangan berlaku apabila tiga kereta tersebut dari arah laluan yang sama dan apabila tiba di tempat kejadian, McLaren MP4 pertama telah memperlahankan kenderaannya kerana mahu masuk ke simpang kanan manakala McLaren MP4 kedua di belakang menekan brek.

Kemudian datang McLaren MP4 ketiga dari belakang, hilang kawalan dan tidak dapat brek dengan baik lalu terlanggar belakang McLaren MP4 kedua.

Beliau berkata, akibat pelanggaran tersebut, kereta kedua bergerak ke hadapan dan terlanggar pula belakang McLaren MP4 pertama.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Katanya, McLaren MP4 pertama mengalami kemik di belakang sementara McLaren MP4 kedua kemek di depan dan belakang manakala McLaren MP4 ketiga kemik di bahagian hadapan.

Bagaimanapun katanya, pemandu kereta mewah berkenaan, Basil Wong Jun Hao, Matthew Mcgrory dan Marcus Luah Chuan Guan tidak mengalami kecederaan.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Motorsports Malaysia

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat dudu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply