ARKIB

KATEGORI

Buletin

United E-Motor masuk pasaran Malaysia secara rasmi, lancar skuter elektrik TX3000 dan TX1800

Berita Tempatan

Views

Jenama motosikal elektrik United E-Motor, anak syarikat pengeluar basikal Indonesia, PT. Terang Dunia Internusa (PT TDI) dilancarkan secara rasmi ke pasaran Malaysia oleh rakan usaha samanya, Artroniq Bhd., hari ini.

Ia sekali gus menandakan penubuhan rasmi United E-Motor di pasaran Malaysia dan permulaan era baharu dalam mobiliti bandar.

Acara tersebut turut dihadiri oleh wakil utama daripada PT TDI, Artroniq Bhd, ASEAN Trade, Tourism, and Economic Council (ATEC), Persatuan Runcit & Penyewa Indonesia (HIPPINDO), dan Kementerian Perdagangan Indonesia.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Dua model skuter elektrik turut diperkenalkan oleh United E-Motor, iaitu TX3000 dan TX1800. Model TX3000 menawarkan jarak perjalanan sehingga 120 km bagi setiap pengecasan penuh dengan kelajuan tertinggi sehingga 90km/j.

TX1800 pula menawarkan kadar pengecasan 0 hingga 80 peratus dalam tempoh 1 jam setengah. Kedua-duanya dilengkapi tempat duduk berengsel hidrolik, storan di bawah tempat duduk yang sangat besar, Bluetooth terbina dalam.

Ia turut didatangkan bersama aplikasi telefon yang mempunyai ciri-ciri seperti butang SOS, pemacu hidup/mati, ‘Cari Motosikal Saya’, papan pemuka langsung, dan banyak lagi.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Ketua Pegawai Kewangan Artroniq Bhd, Marcus Chin, berkata, pihaknya sangat gembira untuk memperkenalkan motosikal eletrik United E-Motor ke pasaran Malaysia.

Pengasas United E-Motor, Henry Mulyadi pula berkata, syarikat begitu bersemangat untuk berganding bahu bersama Artroniq Bhd dalam membawakan motosikal elektrik mesra alam kepada rakyat Malaysia.

Artroniq Bhd dan United E-Motor bercita-cita untuk mewujudkan sistem pengangkutan hijau yang akan meningkatkan kehidupan rakyat Malaysia sambil mengambil berat tentang alam sekitar.

Motosikal elektrik ini merupakan motosikal rasmi semasa persidangan G20 di Indonesia pada tahun 2022. Kerjasama antara kedua-dua syarikat ini juga bakal menghasilkan bateri motosikal elektrik dan pengecas, serta stesen pertukaran bateri ‘e-battery‘ pada masa depan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply