ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lesen Kenderaan Motor digital atau fizikal, pengguna perlu terus diberi pilihan

Berita Tempatan

Views

Persatuan Wakil Takaful Am Muslim (PERWATAM) mencadangkan supaya pengguna terus diberi pilihan sama ada mahu menyimpan Lesen Kenderaan Motor (LKM) secara digital atau menyimpan secara fizikal.

Presidennya, Hishammuddin Abd Aziz, berkata pihaknya menerima banyak aduan daripada pengguna kenderaan individu persendirian, e-hailing dan perdagangan yang masih memilih pelekat LKM, tetapi kehabisan di hampir semua cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Katanya, ini menimbulkan pelbagai reaksi dan salah faham pengguna kenderaan kerana sebahagian daripadanya mahu terus memiliki pelekat fizikal LKM tetapi permintaan ditolak oleh petugas cawangan JPJ atas alasan kehabisan atau kekurangan pelekat fizikal LKM.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

PERWATAM sedia maklum bahawa JPJ menggalakkan supaya pengguna kenderaan persendirian individu untuk memperbaharui LKM secara digital.

Namun, PERWATAM juga difahamkan bukan semua pengguna mampu mendapatkan LKM secara digital atas faktor masalah penggunaan aplikasi “MyJPJ” yang tidak dapat diakses oleh pengguna.

Berikutan itu, ia memberi kesan kepada pengguna kenderaan komersial, e-hailing, penama syarikat dan bukan warganegara yang masih perlu mempamerkan fizikal LKM tetapi tidak dapat berbuat demikian.

Pengguna dibekalkan dengan resit sebagai bukti memperbaharui LKM tetapi apakah resit yang dibekalkan boleh diguna pakai ketika semakan sekatan jalan raya.

Pada 10 Februari lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyatakan JPJ dalam fasa interim pelaksanaan pendigitalan LKM dan Lesen Memandu Malaysia (LMM).

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Dalam fasa interim, pemilik kenderaan atau pengguna masih diberi pilihan sama ada mahu menggunakan LKM secara digital atau pun terus kekal dengan dengan dokumen secara fizikal.

Hishammuddin berkata, pengguna kenderaan juga mengadu bahawa bekalan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) turut mengalami gangguan kekurangan bekalan.

Ini sekali gus memberi kesan kepada pengguna untuk terus menggunakan kenderaan dengan selamat dan mengikut peraturan jalan raya.

Pihak JPJ dan Kementerian Pengangkutan perlu beri penjelasan terperinci berkaitan perkara ini dan diselesaikan dengan segera supaya tidak timbul salah faham di antara penguat kuasa dan pengguna ketika operasi sekatan jalan raya.

Cadangan diberi pilihan itu juga dibuat berdasarkan makluman pengguna kenderaan yang mahu ia terus dikekalkan dan memastikan tiada gangguan bekalan pelekat fizikal LKM berlaku di masa hadapan. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply