ARKIB

KATEGORI

Buletin

Video tular X70 terbakar, jurutera Proton sedang jalankan siasatan

Berita Tempatan

Views

Akaun Facebook rasmi Proton Cars mengeluarkan satu kenyataan ringkas berhubung dengan video tular sebuah Proton X70 yang terbakar di Puspakom Alor Gajah, baru-baru ini.

Menurut Proton, pihaknya menyedari insiden tersebut dan ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak yang prihatin kerana berkongsi maklumat.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Untuk pengetahuan semua, kenderaan itu kini berada dalam simpanan pihak Proton dan ia masih belum didaftarkan ketika kejadian.

Jurutera Proton juga sedang menjalankan proses siasatan dan dalam masa yang sama bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan.

Tambah Proton, perkembangan mutakhir hanya akan diumumkan setelah segala maklumat berjaya diperolehi.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Proton juga ingin meyakinkan semua pelanggan bahawa kenderaan yang dibangunkannya memenuhi piawaian tertinggi dengan setiap unit menjalani pemeriksaan kualiti dan keselamatan yang ketat sebelum dihantar.

Proton X70 telah menerima penarafan 5-Bintang daripada ASEAN NCAP setelah menjalani ujian pada Oktober 2018.

Setakat ini hampir 100,000 unit telah dihasilkan sejak lima tahun lalu, dan ia merupakan model paling popular dalam kelasnya pada ketika itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Proton Cars

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply