Pemandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), Honda HR-V yang menyebabkan kemalangan di Jalan 21/37, di Petaling Jaya pada 3 Mei lalu sudah dikenakan saman.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, video kemalangan berdurasi 2 minit sembilan saat yang berlaku jam 7.10 pagi, Rabu lalu membabitkan SUV tersebut dan motosikal jenis Yamaha tular di media sosial.
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
Jelas beliau, pihaknya telah menerima laporan daripada kedua-dua pihak yang terlibat dalam kemalangan itu. Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).
Tambah beliau, saman sudah dikeluarkan ke atas pemandu kenderaan SUV itu atas kesalahan gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan.
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
Beliau berkata, pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.
Pihaknya tidak akan berkompromi kepada mana-mana individu yang memandu secara berbahaya dan tindakan tegas akan diambil ke atas pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang. – Sinar Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
KOMEN TERKINI