ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo Car Malaysia perkenal XC60 yang diperbaharui

Views

XC60 - Reimagined Scandinavian Luxury

Volvo Car Malaysia telah memperkenalkan XC60 diperbaharui dengan menampilkan wajah yang direka semula serta penghalusan dalaman yang lebih mewah. XC60 ini juga akan merupakan yang pertama menggunakan enjin Drive-E Powertrain – enjin modular yang akan dipasang pada model-model Volvo akan datang yang dibina atas platform Seni Bina Produk Boleh Skala (Scalable Product Architecture – SPA).

Tampil dengan bentuk hud baru dan palang jeriji krom, XC60 tampak lebih menyerlah. Paip ekzos kini disepadukan dengan diffuser dan bertindak sebagai pautan visual kepada enjin baru. Sentuhan halus turut dilakukan kepada ruang dalaman, termasuk tatah dalam dekor silk metal dan bingkai dan penganjak padel.

XC60 T5, dipacu oleh enjin 4-silinder Drive-E, yang menjana 245hp pada 5,500rpm dan daya kilasan maksimum 350Nm pada 1,500-4,800rpm. Walaupun enjinnya menawarkan output lebih besar berbanding generasi terdahulu, namun kereta ini masih mencatatkan penggunaan bahan api yang menerajui kelasnya bagi enjin petrol dalam segmen berkenaan dan kadar pelepasan CO2 yang lebih baik pada 157g/km.

Dengan harga jualan daripada RM288,888, model XC60 T5 ini telah direka untuk menawarkan kepada segmen pasaran yang lebih luas, peluang untuk memiliki sebuah Volvo. Hal ini akan menjadi kenyataan hasil inisiatif Volvo Car Malaysia untuk menawarkan peringkat harga berdaya saing tanpa mengetepikan ciri-ciri keselamatan yang penting – suatu strategi yang terbukti berjaya ketika pihaknya menghasilkan Volvo V40 serba baru dahulu.

XC60 - Integrated Tailpipes

“Trend kini lebih menjurus ke arah kereta yang berfungsi serta mewah, XC60 baru telah direka bukan sahaja untuk memenuhi keperluan tersebut, tetapi juga menawarkan pilihan yang lebih efisien kos dalam pasaran. Hal ini sejajar dengan matlamat syarikat menjadikan kemewahan mampu milik bagi para pengguna,” jelas Keith Schäfer, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia.

XC60 baru akan menerapkan versi teknologi ini yang telah dipertingkat termasuk City Safety (Keselamatan Kota), Blind Spot Information System (BLIS) Sistem Maklumat Bintik Buta dengan Amaran Kenderaan Hampir Closing Vehicle Warning (CVW), Awas Lalu Lintas Silang (Cross Traffic Alert) dan Sistem Perlindungan Bidasan (Whiplash Protection System).

Sistem City Safety yang dipertingkat kini menggunakan brek automatik aktif pada kelajuan sehingga 50 km/h. BLIS telah juga dinaiktaraf kepada sistem berasaskan radar yang mampu memantau serta memberi amaran kepada pemandu akan kenderaan yang semakin laju menghampiri sehingga 70 meter di belakang kereta.

Volvo Car Malaysia juga merancang untuk memperkenalkan sebuah lagi varian, iaitu Volvo XC60 T6 yang akan menerapkan pelbagai teknologi Active Safety (Keselamatan Aktif) menjelang awal tahun 2015. Volvo XC60 kini dibuka untuk tempahan di semua wakil pengedar sah Volvo – iaitu Federal Auto Cars, Clear Marque, dan Angkatan Hebat.

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply