ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo ES90 diperkenalkan – Model Volvo pertama dilengkapi teknologi 800V

Berita Global

Views

Volvo telah memperkenalkan ES90, sebuah model EV serba baharu menggabungkan keanggunan sedan, fleksibiliti fastback, ruang dalaman luas dan jarak kelegaan tanah seperti SUV.

ES90 direka untuk berkembang seiring dengan kuasa komputer teras generasi baharu yang lapan kali lebih maju berbanding generasi sebelumnya.

Ia juga merupakan kereta Volvo pertama yang menggunakan teknologi 800V, membolehkan jarak pemanduan elektrik lebih jauh dan pengecasan lebih pantas berbanding mana-mana model elektrik Volvo sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Volvo, Jim Rowan berkata, model ini menggabungkan teknologi tercanggih mereka dengan reka bentuk Scandinavia dan keselesaan unggul.

Tambahnya, model ini menyertai SUV EX90 sebagai salah satu model utama, mengukuhkan kedudukan Volvo sebagai peneraju industri dalam pembangunan kereta berasaskan perisian yang menggunakan kuasa pengkomputeran teras.

Volvo ES90 menampilkan rekaan garisan bumbung yang mengalir, bukan sahaja menyerlahkan rekaan elegan, malah membantu meningkatkan aerodinamik, sekali gus meningkatkan kecekapan dan jarak pemanduan elektrik.

Bahagian hadapan menampilkan rekaan lampu ikonik “Tukul Thor”, manakala bahagian belakang pula lebih unik dengan lampu belakang LED berbentuk ‘C’ yang disertakan dengan lampu LED tambahan pada tingkap belakang.

Pintu but yang luas dan lebar memudahkan proses memasukkan serta mengeluarkan barangan. Ruang butnya menawarkan kapasiti sehingga 424 liter.

Apabila tempat duduk belakang boleh dilipat, iamemberikan kapasiti tambahan sehingga 733 liter. Di bahagian hadapan, ruang frunk berkapasiti 22 liter sesuai untuk menyimpan kabel pengecasan.

Volvo ES90 menawarkan ruang kaki yang luas untuk penumpang barisan kedua dengan jarak tapak roda 3.1 meter.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?

Enam pilihan tema pencahayaan suasana turut disediakan bagi meningkatkan kesejahteraan sensori di dalam kabin, bersama pelbagai pilihan upholsteri untuk penyesuaian peribadi.

ES90 juga didatangkan dengan bumbung panoramik yang memberikan perlindungan UV sehingga 99.9 peratus. Jika anda memilih versi elektrokromik, tahap ketelusan kaca boleh diselaraskan untuk mengurangkan silau dan meningkatkan privasi dengan hanya satu sentuhan butang.

Tahap bunyi dalam kabinnya juga sangat rendah, membolehkan anda menikmati sistem bunyi mewah Bowers & Wilkins dengan 25 pembesar suara berdefinisi tinggi, termasuk pembesar suara pada penyandar kepala dan bumbung.

Model ini dilengkapi dengan sistem inforia generasi baharu yang mempunyai Google terbina dalam, termasuklah Google Maps, Google Assistant serta lebih banyak aplikasi melalui Google Play.

Sistem yang lancar dan pantas ini dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon® Cockpit Platform daripada Qualcomm Technologies. Paparan 9 inci untuk pemandu serta paparan utama dongak memastikan anda menerima semua maklumat penting dengan cepat.

Sementara itu, paparan 14.5 inci di tengah menawarkan akses mudah kepada navigasi, hiburan, kawalan suhu, telefon, dan banyak lagi. Ia juga dilengkapi dengan sistem pandangan 3D dengan kamera 360 darjah.

Volvo ES90 dibina berdasarkan pelantar seni bina SPA2 dan menggunakan Superset tech stack Volvo Cars, sama seperti EX90.

Pelantar ini terdiri daripada satu set perkakasan dan perisian yang seragam, dan ia boleh di kemas kini secara over-the-air (OTA).

ES90 juga merupakan kereta Volvo pertama yang dilengkapi dengan konfigurasi dua NVIDIA DRIVE AGX Orin, menjadikannya model Volvo dengan kuasa pengkomputeran teras paling berkuasa pernah dihasilkan.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

DRIVE AGX Orin ialah komputer utama NVIDIA untuk kereta pintar yang mengawal pelbagai sistem penting dengan kelajuan ultra pantas.

Dengan kuasa pengkomputeran 508 trilion operasi sesaat (TOPS), ia mengurus fungsi seperti keselamatan aktif berasaskan kecerdasan buataan (AI), penderia kenderaan, dan pengurusan bateri yang lebih cekap.

Teknologi 800V baharu Volvo turut diperkenalkan dalam ES90, membolehkan pengecasan lebih pantas, prestasi lebih baik dan kecekapan lebih tinggi.

Hanya 10 minit untuk pengecasan yang membolehkannya bergerak sejauh 300 kilometer menggunakan pengecasan pantas 350 kW. Jarak pemanduan maksimumnya pula mencecah sehingga 700 kilometer berdasarkan ujian WLTP.

Dari segi keselamatan, Volvo ES90 dibangunkan mengikut Volvo Cars Safety Standard, yang menggunakan 55 tahun penyelidikan keselamatan dunia nyata dan melangkaui keperluan ujian rasmi.

Struktur badan yang kukuh, sistem keselamatan pasif termaju serta zon perlanggaran yang dioptimumkan memberikan perlindungan tambahan.

Sistem keselamatan aktifnya pula menggunakan satu lidar, lima radar, tujuh kamera, dan dua belas penderia ultrasonik.

Set penderia ini membolehkan penglihatan lebih luas daripada keupayaan manusia, membantu mengelakkan perlanggaran dan bahaya di jalan raya.

Model ini turut dilengkapi dengan sistem pemantauan pemandu secara standard, amaran pembukaan pintu, serta pengesan pergerakan dalam kabin.

Volvo ES90 kini boleh ditempah di pasaran terpilih dan akan diperluaskan ke lebih banyak negara sepanjang tahun ini hingga 2026.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply