ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo EX90 dan XC90 facelift akan dilancarkan tidak lama lagi

Berita Tempatan

Views

Volvo Car Malaysia mengumumkan ketibaan dua model yang dinanti-nantikan oleh peminat SUV (kenderaan utiliti sukan) utama (flagship) tujuh tempat duduk Volvo, iaitu EX90 dan XC90 facelift dalam masa terdekat.

Tarikh pelancaran kedua-dua model ini akan diumumkan menerusi laman web rasmi Volvo Car Malaysia tidak lama lagi.

Volvo EX90 buat pertama kalinya diumumkan pada tahun 2022 dan direka untuk menjadi Volvo paling selamat yang pernah dihasilkan.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron Highlands, Myvi@King jadi peneman?

SUV elektrik sepenuhnya ini merupakan model Volvo yang tercanggih setakat ini dan dilengkapi dengan teknologi keselamatan aktif di dalam dan di luar kenderaan.

Ia menjadi perintis dalam pelbagai aspek, termasuk sebagai Volvo pertama yang dilengkapi dengan teknologi lidar, model pertama yang dibina menggunakan Superset core computing tech stack Volvo Cars, serta model pertama yang disiapkan dengan perkakasan untuk pemanduan kendiri sepenuhnya di masa hadapan.

Penghantaran global kepada pelanggan bagi Volvo EX90 telah bermula pada akhir tahun 2024, dan Malaysia akan menjadi antara pasaran pertama di Asia Pasifik yang memperkenalkan model baharu ini selepas Thailand.

Sementara itu, Volvo XC90 facelift telah didefinisikan semula untuk era elektrifikasi. Ia juga merupakan kenderaan hibrid palam (plug-in hybrid) pertama yang dipasang secara tempatan (CKD) di Malaysia pada tahun 2016.

JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!

Kedua-dua model utama ini menawarkan jarak pemanduan yang luar biasa dan kepraktisan tinggi bagi keluarga yang mengutamakan keselamatan, tanpa mengira tahap elektrifikasi yang mereka inginkan.

Volvo EX90 bakal menjadi model utama dalam barisan kenderaan elektrik Volvo, termasuk Volvo EX30, Volvo XC40 Recharge Pure Electric, dan Volvo EC40 (sebelumnya dikenali sebagai Volvo C40 Recharge Pure Electric).

Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Chris Wailes, berkata, “Tidak kira sama ada anda mahukan teknologi keselamatan terbaik dalam kenderaan elektrik sepenuhnya, atau ingin menaik taraf kepada versi terkini SUV ikonik kami yang telah meraih pelbagai anugerah, pilihlah model flagship ‘90’ yang sesuai dengan kehidupan dan gaya hidup anda.”

Pelanggan boleh mendaftar minat dan menjadi yang pertama untuk mendapat maklumat lebih lanjut mengenai Volvo EX90 di https://www.volvocars.com/my/cars/ex90-electric.

KLIK UNTUK BESARKAN

Volvo EX90

Volvo XC90 facelift

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply