ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo tenggelam di Pantai Klebang gara-gara terlupa tarik brek tangan

Berita Tempatan

Views

Sebuah kereta jenis Volvo dipandu seorang lelaki warga Bangladesh tenggelam di Pantai Klebang di Melaka gara-gara dia terlupa untuk menarik brek tangan kenderaan terbabit, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, hasil soal siasat, pemandu berusia 38 tahun yang bekerja sebagai peniaga itu memberitahu dia ke lokasi tersebut pada pukul 5 pagi untuk berehat.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Katanya, dia bagaimanapun terlelap dan terlupa untuk menarik brek tangan sehingga kereta itu menggelongsor ke kawasan tambak.

Tambah beliau, kenderaan yang dipandu lelaki itu kemudiannya telah tersangkut dan tidak dapat bergerak sehingga air pasang.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Separuh daripada kenderaan itu telah tenggelam di dalam air, dan lelaki itu ada memanggil trak tunda namun tidak mempunyai wang mencukupi untuk membayar perkhidmatan tersebut.

Mengulas lanjut beliau berkata, semakan lanjut ke atas kenderaan tersebut mendapati ia didaftarkan atas nama lelaki berkenaan.

Pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah menunda kenderaan itu dan dibawa ke pusat simpanan untuk tuntutan kos urusan terhadap pemilik. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply