ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Proton S50/70 (SS11) warna Passion Red dirakam atas treler tanpa pelitup penyamaran

Foto Intip

Views

Kelibat sebuah Proton S50/70 (SS11) berwarna Passion Red tanpa sebarang pelitup penyamaran berjaya dirakam sedang berada di atas sebuah treler pengangkut.

Ia telah dimuatnaik ke laman group Malaysia S50/S70 Community (MYS50/S70COM) oleh individu bernama Muhammad Nabil petang tadi. Berkemungkinan S50/70 (SS11) ini merupakan varian Executive.

Kali ini kita dapat melihat hampir keseluruhan bahagian belakangnya, namun jika anda perasan emblemnya masih belum dilekatkan.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Perbezaan dengan model kembarnya, iaitu Geely Emgrand hanyalah minimal terutama sekali di bahagian bampar dan jejalur hitam pada pintu but belakang yang tertera perkataan “Proton”.

Seperti yang kita sedia maklum, model S50/S70 akan ditawarkan dalam empat pilihan varian, iaitu:

  • Executive
  • Premium
  • Flagship
  • Flagship X – mungkin varian Edisi Khas (SE)

Buat permulaan S50/S70 (SS11) akan dijana oleh enjin tiga-silinder 1.5T (Turbo Port Fuel Injection) yang menghasilkan output 150 PS dan 226 Nm daya kilas yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan (7DCT) yang menjana model X50.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Varian dengan enjin aspirasi alami (NA) pula, hanya akan ditawarkan bermula dari tahun 2025Tujuh pilihan warna akan ditawarkan pada model S50/S70 (SS11), dua warna solid manakala selebihnya warna metalik, termasuk warna baharu.

Dari segi keselamatan, model ini akan dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu (ADAS) yang lebih canggih, setanding dengan pesaing dalam kelasnya.

Fasa pengeluaran besar-besaran S50/S70 (SS11) telah pun bermula, manakala pelancarannya pula dijangka pada penghujung bulan November.

Penulis menjangkakan Proton akan membuka tempahan model sedan pengganti Prevé ini dalam tempoh terdekat, nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Muhammad Nabil

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply