Seorang rakyat Republik Malta mengakui kereta kompak keluaran syarikat Perodua iaitu Perodua Kelisa antara kereta yang paling selesa dipandu.
Malah wanita yang dikenali sebagai Claudine Alcock memberitahu kereta tersebut juga antara kereta yang senang untuk diparkir.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
Menerusi perkongsian di laman Facebook Motoqar, wanita itu memberitahu dia sudah seminggu membeli kereta itu pada harga EUR700 atau dalam mata wang tempatan sekitar RM3,363 sahaja.
“Kereta Asian lagi bagus dari ‘Europe car’ dan paling suka kerusi Kelisa yang selesa serta paling penting mudah parkir,” kata wanita itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna bersetuju dengan pendapat wanita itu dan mereka mendakwa kereta Perodua Kelisa antara kereta yang paling jimat, selesa dan paling senang untuk mendapatkan parking terutamanya di bandar sibuk seperti Kuala Lumpur.
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
“Sangat setuju dengan wanita ini, kereta Kelisa antara kereta paling berbaloi, dahlah minyak jimat, kecik, senang nak cari parking di mana-mana tempat,” tulis Mat Rockie.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Ruslan Isa.
“Rupa-rupanya orang luar lebih hargai kereta tempatan Malaysia, sebaliknya orang-orang tempatan lebih hargai kereta-kereta asing,” katanya.- KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Claudine Alcock
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
KOMEN TERKINI