ARKIB

KATEGORI

Buletin

Waze bakal menutup tahun 2018 dengan pencapaian cemerlang

Views

Tahun 2018 merupakan tahun yang hebat buat Waze kerana ia telah berjaya mencapai matlamatnya di seluruh dunia. Program Waze Connected Citizens yang telah mencapai lebih daripada 800 rakan kongsi global, ke pengenalan bahasa ke-54 dan pelancaran pemain audio servis penuh demi memastikan 110+ juta orang pengguna aktif bulanannya di seluruh dunia lebih terhubung, lebih bermaklumat dan lebih terhibur semasa memandu.

Dilancarkan pada Oktober 2014 bersama 10 rakan kongsi bandar, program Waze Connected Citizens bertujuan untuk menawarkan penukaran data dua hala percuma yang memperkasakan rakan-rakan kongsi untuk memanfaatkan maklum balas para pemandu dalam masa nyata untuk memperbaiki kesesakan dan membuat keputusan perancangan yang lebih baik. Kini, ia telah berkembang ke lebih daripada 800 rakan kongsi, termasuk agensi kerajaan negeri dan negara, pertubuhan tanpa keuntungan dan responden pertama di seluruh dunia.

Para pengguna jalan raya Malaysia, terutamanya yang berada di Selangor, turut menerima manfaatnya. Menerusi Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) yang disediakan kerajaan negeri di kalangan rakan-rakan kongsi, inisiatif Malaysia tersebut menyingkirkan halangan dari perjalanan dengan membolehkan para pengguna jalan raya untuk melaporkan lubang jalan melalui aplikasi Waze di mana kesemua lubang yang dilaporkan ditampal dalam masa lima hari.

Waze kini tersedia dalam lebih daripada 50 buah bahasa

Waze kini lebih dekat kepada matlamat mereka untuk memudahkan penggunaan aplikasi Waze buat para pengguna di seluruh dunia, disebabkan oleh komitmen dari lebih daripada 150 orang penterjemah yang bekerja keras selama sembilan tahun untuk memastikan peningkatan dalam keterangkuman aplikasi ini.

Waze memperkenalkan Bahasa Melayu di sini pada 2013. Suara-suara Mandarin baharu telah diperkenalkan pada tahun ini ketika Tahun Baharu Cina, manakala Kantonis, dialek yang amat popular di Kuala Lumpur dan Ipoh, telah menyertai kumpulan ini pada November lalu. Dengan itu, Waze kini menawarkan 54 buah bahasa.

Kelvin Sim, Ketua Negara Waze Malaysia berkata dengan setiap penambahan suara dan bahasa baharu, aplikasi ini telah menjadi lebih terbuka dan senang diakses oleh kumpulan-kumpulan baru di serata dunia. Dengan peningkatan bilangan pengguna, Waze bukan sahaja mencapai lebih banyak kepelbagaian, tetapi ia juga kini lebih dekat kepada penyumbangan ke arah pemanduan lebih baik dan memperbaiki cara kita bergerak.

JOM BACA >> INTIP : Persona facelift ditemui lagi, rekaan rim jelas kelihatan

Waze Audio Kit

Diilhamkan oleh maklum balas positif para pengguna berkenaan integrasi audio pertama bersama Spotify pada Mac 2017, Waze telah melancarkan pemain audio untuk setiap cita rasa dan genre dengan bekerjasama bersama platform-platform audio terkemuka dunia untuk membawa muzik, podcast, buku audio, berita dan lain-lain dengan lancar.

Para pengguna Waze akan dapat mencuba pelbagai kandungan dari lapan rakan kongsi audio: Spotify, Deezer, iHeartRadio, NPR, Pandora, Scribd, Stitcher dan TuneIn. Rakan-rakan kongsi ini telah mengintegrasikan pengalaman audio mereka ke dalam Waze dengan menggunakan alat pembangunan terbaru yang dipanggil Waze Audio Kit.

Beri laluan kepada kenderaan dua roda

Mod Motosikal Waze (Waze Motorcycle Mode) telah ditawarkan pada lewat 2017 untuk para pengguna Waze di serata dunia yang lebih gemar menggunakan kenderaan dua (ataupun tiga) roda. Sokongan bagi jenis kenderaan ini oleh Waze telah dilengkapi dengan jalan-jalan istimewa bagi memudahkan mereka untuk mencari kebebasan di jalan raya dengan lebih cepat.

Selain daripada membekalkan laporan kemas kini dan amaran jalan raya dalam masa nyata, Waze juga membolehkan para pengguna motosikal untuk mencari jalan-jalan optimum yang telah digunakan oleh para pengguna Waze yang lain. Semakin kerap anda menggunakan mod motosikal, semakin bijak pengemudian dalam mod tersebut.

Layari peta maya anda dengan penuh gaya! Sebagai tambahan istimewa bagi mod yang berguna ini, ikon-ikon istimewa turut dikeluarkan bersama pelancarannya. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.waze.com.

JOM BACA >> INTIP : Foto paling jelas Persona facelift

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply