ARKIB

KATEGORI

Buletin

Karnival Jualan Mega Mazda bakal berlangsung hujung minggu ini

Views

Ini berita baik kepada peminat kereta Jepun khususnya jenama Mazda! Bermaz Motor akan menganjurkan Karnival Jualan Mega Mazda di Bilik Pameran Mazda Glenmarie, bermula pada 3 hingga 4 September ini dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

Pelanggan berpeluang untuk memenangi Baucar Mazda Bonanza yang bernilai sehingga RM10,000 dan juga hadiah segera untuk pembeli apa jua model Mazda. Pelbagai permainan dan aktiviti menarik turut diadakan seperti Cabaran Kraf Kertas Mazda (Pemenang bakal menerima cenderahati ekslusif dari Mazda dan kad hadiah Starbucks bernilai RM 200), mewarna muka, photo booth dan pertunjukan badut. Jamuan ringan turut disediakan!

Pusat Kereta Terpakai Mazda Anshin juga turut menyertai karnival tersebut dengan menawarkan kenderaan terpakai Mazda dengan harga bermula dari RM 55,XXX.XX. Semua pemilik Mazda juga menikmati 3 tahun atau 60,000 km (yang mana terdahulu) penyelenggaraan berkala percuma mengikut standard pengilang, di mana pelanggan tidak perlu membayar sesen pun, hatta untuk kos buruh, alat ganti dan pelincir (kecuali untuk model trak pikap BT-50).

Jom ramai ramai serbu Karnival Jualan Mega Mazda hujung minggu ini!

MazdaMegaSaleCarnival 2016

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply