ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harga jualan Tesla Model 3 dan Model Y di Malaysia turun RM8,000

Berita Tempatan

Views

Tesla mengumumkan penurunan harga sebanyak RM8,000 bagi Model 3 dan Model Y, menjadikan kedua-dua kenderaan elektrik (EV) itu lebih berpatutan dan boleh dibeli oleh khalayak pengguna lebih meluas.

Berkuat kuasa hari ini, Model 3 dan model Y masing-masing berharga daripada RM181,000 dan RM191,000, dengan kedua-dua EV itu boleh ditempah di pusat pengalaman Tesla atau laman web rasmi Tesla.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Tesla Malaysia dalam satu kenyataan berkata, kenderaan Tesla layak mendapat pengecualian duti import dan eksais penuh sebagai pengecualian cukai jalan 100 peratus, dan pelepasan cukai pendapatan sehingga RM2,500 untuk perbelanjaan berkaitan mengecas EV.

“Tesla terus memberikan pengalaman pemilikan yang komprehensif dengan menyediakan penyelesaian pengecasan yang lancar dan penyepaduan teknologi ‘Plug and Charge‘ yang terbaik untuk menggambarkan pengalaman pengecasan Tesla,” katanya.

Melalui Aplikasi Tesla, pengguna boleh mencari, menavigasi dan memantau status Supercharger dengan mudah, menerusi pembayaran diproses secara automatik.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Dengan bayaran Pengecasan Super setiap penggunaan sebanyak RM 1.25/kWj, Tesla memastikan pengecasan yang cekap kos.

Sehingga hari ini, Tesla mempunyai tujuh stesen Pengecas Super (36 pengecas) dan 10 stesen Pengecasan Destinasi (61 pengecas) di Malaysia, dengan pengembangan berterusan untuk memudahkan perjalanan antara Malaysia dan Singapura, di mana terdapat 11 stesen pengecasan super dan sembilan stesen Pengecasan Destinasi.

Tesla komited untuk terus memajukan infrastruktur pengecasannya di Malaysia untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk kenderaan itu di seluruh rantau. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply