ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis cari pemandu Honda Civic tak cukup baki Touch ‘n Go maki dan ugut jurutol

Tular

Views

Polis sedang mengesan lelaki warga emas yang bertindak memaki hamun dan mengugut jurutol dalam kejadian di Plaza Tol Segambut, Lebuh Raya Duta–Ulu Klang (Duke), di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya menerima aduan daripada mangsa berusia 20 tahun berhubung kejadian pukul 11.15 malam itu.

Katanya, kejadian berlaku apabila suspek yang menaiki kereta jenis Honda Civic tidak dapat melepasi palang tol memandangkan baki Touch ‘n Go (TnG) tidak mencukupi.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Lelaki itu marah kemudian diberitahu mangsa untuk buat bayar ikut secara debit, kemudian berlaku seperti ditularkan,” katanya selepas sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, hari ini.

Mengulas lanjut, pihaknya mengenal pasti lelaki warga tempatan berusia 60 tahun yang mana pemilik kenderaaan Honda Civic tersebut.

“Pemeriksaan terhadap pemilik kenderaan didapati sama dengan identiti suspek yang dikenal pasti. “Pihaknya akan tangkap dan kesan suspek menggunakan pasukan operasi,” katanya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Jelas beliau, kes disiasat dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki bertindak memaki-hamun jurutol gara-gara tersekat kerana kekurangan baki dalam kad tambah nilai TnG.

Menerusi video berkenaan, pemandu tersebut memberikan wang tunai sebelum ditolak kerana pembayaran hanya diterima melalui kad debit atau TnG sahaja.

Akibat terlalu lama pemandu berhenti di lorong plaza tol, jurutol tersebut kemudian menerima wang tunai sebelum dimarahi lelaki tersebut. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply