ARKIB

KATEGORI

Buletin

Zeekr pertimbang untuk masuk ke pasaran Malaysia

Berita Tempatan

Views

Zeekr, jenama kenderaan elektrik (EV) mewah di bawah kumpulan Geely sedang mempertimbangkan untuk memasuki pasaran automotif Malaysia dengan kenderaan-kenderaan pemanduan sebelah kanan (RHD) yang baharu dibangunkan.

Naib Presiden Teknologi Zhejiang Zeekr Intelligent Technology Co Ltd, Zhao Chunlin, berkata jenama teknologi mobiliti elektrik global itu menyasarkan untuk menjual kenderaan RHD bersama-sama dengan kenderaan pemanduan sebelah kiri kepada sekurang-kurangnya 50 pasaran antarabangsa menjelang akhir tahun.

Jenama itu kini berada di lebih 20 pasaran asing, dengan merancang untuk berkembang ke Malaysia, Thailand, New Zealand dan Australia, katanya kepada pemberita semasa lawatan ke kilang Zeekr di Ningbo di sini hari ini.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Zeekr sedang giat mengejar peluang termasuk berkembang ke pasaran antarabangsa, satu langkah yang berpotensi memberi manfaat kepada Malaysia berdasarkan pemilikan saham Proton Holdings Bhd oleh Geely.

Geely Holding kini memiliki 49.9 peratus kepentingan dalam Proton. Kilang Pintar Zeekr yang terletak di Ningbo, menggunakan teknologi canggih dan proses inovatif untuk menjamin kualiti produk unggul dengan mengutamakan ketelusan, kecekapan dan kemampanan sepanjang operasinya.

Zeekr juga menyasarkan untuk menggandakan penghantaran kenderaannya pada 2024 kepada 230,000 unit kereta daripada 118,685 unit pada 2023.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Bulan lalu, pembuat kereta itu memulakan prapesanan untuk pemanduan sebelah kanan SUV Zeekr X dan MPV Zeekr 009 di Thailand.

Langkah itu diambil berdasarkan kepada permintaan yang semakin meningkat untuk EV pintar berkualiti tinggi di rantau Asia Tenggara.

Zeekr menggunakan Seni Bina Elektrik Lestari Geely (SEA), termasuklah untuk teknologi baterinya sendiri, sistem pengurusan bateri, teknologi motor elektrik dan rantaian bekalan kenderaan elektrik. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply