UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini memperkenalkan edisi terhad Toyota Yaris G Limited yang menawarkan naik taraf prestasi, pengendalian yang dipertingkatkan dan reka bentuk yang sporty.
Hanya 600 unit sahaja yang ditawarkan dan harga jualannya (atas jalan, tanpa insurans) adalah RM99,600.
Yaris G Limited didatangkan dengan waranti selama lima-tahun tanpa had perbatuan. Walaubagaimanapun, aksesori tambahan hanya diberikan waranti selama setahun atau 20,000 km.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Ia ditawarkan dengan pelbagai warna, termasuk pakej warna dwitona:
- Red Mica Metallic (dwitona)
- Platinum White Pearl (dwitona)
- Red Mica Metallic
- Silver Metallic
- Platinum White Pearl
Model ini masih mengekalkan enjin Dual VVT-i 2NR-FE 1.5 liter yang dipertingkatkan dengan sistem kemasukan udara dingin/sejuk (cold air intake – CAI) dan unit pengawal pendikit (throttle controller).
Unit transmisinya pula masih kekal dengan CVT 7-kelajuan Sport Sequential Shiftmatic. Dari segi pengendalian, Yaris G Limited dilengkapi dengan unit penyerap hentak serta pendakap casis Gazoo Racing.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Dari segi visual luaran, ia dilengkapi dengan kit aero baharu yang sporty dan juga rim aloi bersaiz 16-inci. Di ruang kabin, ia dilengkapi meter jenis Optitron, skrin pelbagai info 4.2-inci, tuil penukar gear, pendingin hawa automatik, kamera perakam digital di hadapan dan lain-lain.
Aspek keselematannya pula terdiri dari Sistem Telematik Kenderaan (VTS), tujuh-beg udara, Kawalan Cengkaman, ABS, EBD, BA, bantuan mendaki dan Toyota Safety Sense (TSS) yang merangkumi ciri-ciri seperti:
- Sistem pra-pelanggaran (PCS) dengan brek kecemasan automatik
- Amaran keluar lorong (LDA)
- Pemantau titik buta dengan amaran lintasan trafik di belakang
- Kamera 360-darjah
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI